ARKIB : 19/07/2012
OIC kritik penindasan etnik Rohingya
JEDDAH 18 Julai - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu mengkritik keras penindasan dan pelanggaran hak asasi manusia terhadap etnik Rohingya di Myanmar dalam keganasan etnik dan agama sejak Jun lalu.
Beliau berkata, pelanggaran hak asasi manusia terhadap etnik Rohingya beragama Islam termasuk pembersihan etnik, pembunuhan, rogol dan kehilangan tempat tinggal, oleh pasukan keselamatan Myanmar berlaku sejak tiga dekad lalu.
Ihsanoglu berkata, pelaksanaan demokrasi di Myanmar baru-baru ini meningkatkan harapan masyarakat antarabangsa bahawa penindasan terhadap etnik Rohingya akan tamat dan mereka dapat menikmati hak dan peluang sama rata.
''Bagaimanapun, keganasan terbaru terhadap etnik Rohingya pada 3 Jun lalu menimbulkan kebimbangan kepada OIC,'' katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.
Ihsanoglu berkata, OIC terkejut dengan kenyataan Presiden Myanmar, Thein Sein yang menolak etnik Rohingya sebagai warganegara ketika usaha masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cuba mencari penyelesaian damai berhubung isu itu.
Beliau menegaskan kerajaan Myanmar sebagai anggota PBB dan ASEAN perlu berpegang kepada hak asasi manusia termasuk dekri dan konvensyen yang relevan dalam memberi layanan kepada rakyatnya.
Ihsanoglu merujuk kepada deklarasi PBB bahawa Rohingya adalah etnik, agama dan budaya minoriti dari barat Myanmar dan fakta sejarah menunjukkan etnik itu berada di Myanmar beberapa kurun sebelum penjajahan British dan secara jelas sebelum pembentukan negara Myanmar.
Namun, kerajaan Myanmar masih menindas dan melakukan diskriminasi terhadap etnik Rohingya termasuk di bawah Undang-Undang Kewarganegaraan 1982 yang melanggar norma-norma antarabangsa dengan melucutkan hak kewarganegaraan Rohingya secara tidak adil.
Ihsanoglu berharap kerajaan Myanmar akan memberi maklum balas positif dan konstruktif terhadap kebimbangan masyarakat antarabangsa supaya etnik Rohingya boleh pulang ke negara asal mereka dengan selamat dan bermaruah.
Beliau berkata, akta OIC menetapkan pertubuhan itu perlu membantu golongan minoriti beragama Islam di negara-negara bukan anggota bagi memelihara maruah, budaya dan identiti agama mereka.
Beliau melahirkan keazaman OIC untuk membawa isu itu ke perhatian antarabangsa termasuk PBB, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, ASEAN dan Kesatuan Eropah serta kerajaan Myanmar sendiri untuk mencapai resolusi aman dan berkekalan. - AGENSI
Tentera Nigeria gempur kubu pemberontak, 10 maut
Kumpulan bersenjata culik bapa Timbalan Menteri Luar Syria
Demonstrasi serang gay
Korea Utara lancar peluru berpandu
Kereta api berlanggar, 60 cedera
Pelakon lari selamatkan diri
Kes kematian nelayan: Filipina sangkal dakwaan Taiwan
Polis China tahan lelaki ancam letup pesawat
Bayi baru lahir dinamakan sempena Taufan Mahasen
Barangan kemas Chopard dicuri
43 maut dalam letupan di Iraq
Penduduk Hong Kong paling rasis
Israel mahu sahkan penempatan haram
Mahasen badai Myanmar, Bangladesh, 46 maut
Kenderaan pelancar peluru berpandu Korea Utara bertambah
Suami rasai sendiri pengalaman bersalin
1,000 penduduk China sertai demo halang bina kilang kimia
Taufan Mahasen membadai Teluk Bengal, 10 maut
China arah henti siar drama pertempuran dengan Jepun
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









