ARKIB : 19/07/2012
Penjaja mahu jumpa menteri selesai isu lesen
KUALA LUMPUR 18 Julai - Lebih 140 penjaja Uptown Danau Kota di sini akan mengemukakan rasa tidak puas hati mereka berhubung syarat baru memperbaharui lesen berniaga yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar supaya dapat diselesaikan secepat mungkin.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah yang mewakili penjaja berkenaan berkata, beliau sendiri akan berjumpa dengan Menteri berkenaan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk mengemukakan isu yang dihadapi penjaja-penjaja itu dalam masa terdekat ini.
"Kami mahu perkara ini diselesaikan secepat mungkin dan secara elok. Sebelum ini kami sudah mengutarakan masalah penjaja terlibat kepada DBKL tetapi tiada maklum balas, maka kami terpaksa berjumpa terus dengan menteri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kesemua penjaja terlibat sebelum ini kesal dengan DBKL yang mengenakan syarat baru supaya mereka mendapatkan pengesahan penganjur bazar larut malam itu untuk memperbaharui lesen berniaga.
Lebih mengecewakan mereka apabila penganjur turut mengenakan syarat tambahan iaitu perlu menandatangani surat akujanji sebelum mendapat pengesahan itu.
Menurut penjaja terlibat, masalah itu mungkin timbul apabila keputusan penganjur sebelum ini untuk menaikkan kadar caj perkhidmatan daripada RM150 kepada RM300 dibantah keras oleh peniaga.
Mohd. Ridzuan berkata, para penjaja terlibat mempunyai alasan untuk tidak membayar kadar caj perkhidmatan yang ditetapkan sebelum ini memandangkan perkhidmatan yang disediakan tidak begitu memuaskan berbanding caj yang tinggi itu.
"Para penjaja sebenarnya tidak kisah berapa pun caj yang dikenakan namun perkhidmatan yang dikenakan selama ini terutama penyelenggaraan di tempat berniaga amat tidak memuaskan hati. Apa yang peniaga mohon selama ini seperti menambah jumlah anggota Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) tidak pernah dilayan penganjur," katanya.
Selain itu katanya, masalah sampah yang bertaburan dan tidak dikutip juga menjadi punca rasa tidak puas hati para penjaja terbabit sehingga menyebabkan mereka kecewa dengan pengurusan penganjur di situ.
Para penjaja terlibat juga turut mempertikai tindakan penganjur yang dilihat cuba mempengaruhi DBKL dalam isu pembaharuan lesen berniaga itu.
Sehubungan itu Mohd. Ridzuan berkata, pihaknya akan bertemu dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan bagi mengutarakan isu tersebut.
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Wanita maut dirempuh MPV
UIAM malu tercemar teruk
Mula beroperasi hari ini
Ahmad Fauzi akan selesaikan masalah secara berterusan
Budiman terus dekati masyarakat desa Sungai Panjang
Pembangunan semula bermula
Airport Limo tidak terkubur
XMIT 500 teknologi baharu pungut sampah
DBKL naik taraf Jalan Genting Klang
Sisa pokok tumbang tidak dibersihkan
Persatuan teksi sambut baik
27,000 pengguna terjejas akibat paip air pecah di Klang
DBKL, YWP bantu keluarga mangsa kebakaran
Undang keresahan orang ramai
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









