ARKIB : 19/07/2012
Remaja Melayu ganti 'mat salleh'
KUALA LUMPUR 18 Julai - Sekitar 10 tahun lalu, pusat-pusat hiburan atau disko di Jalan Doraisamy di sini merupakan lokasi pelancong asing berhibur selepas memilih menginap di hotel di Jalan Sultan Ismail.
Sejak itu juga, jalan yang hanya sepanjang 500 meter itu kelihatan meriah pada setiap malam minggu dengan pelbagai promosi dilakukan pusat hiburan untuk menarik perhatian pelancong.
Namun sejak beberapa tahun lalu suasana dan status pengunjung 14 pusat hiburan di bangunan yang digelar 'Heritage Row' itu telah bertukar kepada golongan remaja Melayu.
Gelagat pelancong asing pula hanya kelihatan di pusat hiburan Jalan P. Ramlee dan Bukit Bintang.
Remaja dan pemuda Melayu lingkungan umur 16 hingga 30-an dianggap sebagai telah 'memegang' kawasan tersebut yang semakin 'panas' dengan aktiviti dan perkara yang menyalahi undang-undang.
Pada setiap malam minggu lebih 1,000 pasangan Melayu akan berada di Jalan Doraisamy untuk berhibur tanpa merasa takut dengan pemantauan pihak berkuasa.
Keghairahan remaja Melayu bersosial dan berlagak samseng juga semakin menjadi-jadi apabila mereka cuba berlagak sebagai hero di kawasan itu.
Antara perkara yang tidak dapat disembunyikan lagi ialah pergaduhan yang boleh dikatakan berlaku hampir setiap malam minggu atau ladies night iaitu pada hari Rabu.
Cuma yang membezakan ialah teruk atau tidak dan sama ada mangsa yang dibelasah sekadar menerima jahitan, dimasukkan ke wad, terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) ataupun mati.
Dalam tinjauan yang dilakukan Unit Khas Utusan Malaysia mendapati, sebahagian besar daripada lebih 1,000 pengunjung yang berada di Jalan Doraisamy terdiri daripada remaja beragama Islam.
Pada malam minggu, setiap disko akan dipenuhi lebih 300 pengunjung yang akan berpesta arak sambil menari dibuai muzik berirama R&B (Rock & Blues) dan Trance.
Walaupun ada undang-undang menghalang kemasukan pengunjung di bawah umur 18 tahun, namun ia ditukar dengan promosi pembelian arak pada harga RM400 hingga RM500 sebotol.
Mungkin terdapat remaja Melayu mendakwa hanya meminum air berkarbonat, tetapi demi menjaga ego sebagai seorang yang bersosial di pusat hiburan pastinya minuman keras akan berada di atas meja dan ia hasil tinjauan yang dilakukan.
Bagi pengunjung lelaki yang tidak mempunyai teman mereka juga boleh memilih disko yang menyediakan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) sama ada tempatan atau warga asing.
Selain itu, terdapat disko di situ yang menyediakan hari khas pada setiap Ahad bagi memberi ruang kepada kumpulan 'dua alam' iaitu gay untuk berhibur bersama pasangan masing-masing secara terbuka.
Jaminan nasib terbela
Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi
Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL
UNDANG BAHAYA
Penganjur naikkan sewa RM1,000
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Wanita maut dirempuh MPV
UIAM malu tercemar teruk
Mula beroperasi hari ini
Ahmad Fauzi akan selesaikan masalah secara berterusan
Budiman terus dekati masyarakat desa Sungai Panjang
Pembangunan semula bermula
Airport Limo tidak terkubur
XMIT 500 teknologi baharu pungut sampah
DBKL naik taraf Jalan Genting Klang
Sisa pokok tumbang tidak dibersihkan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









