ARKIB : 19/07/2012
Malaysia manfaat FiT Jepun
KUALA LUMPUR 18 Julai - Undang-undang baru Feed In Tarif (FiT) Jepun yang berkuat kuasa 1 Julai lalu dijangka meningkatkan eksport produk-produk berasaskan photovoltaic dari Malaysia ke negara matahari terbit tersebut.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dalam kenyataan di sini berkata, undang-undang baru itu memerlukan syarikat- syarikat utiliti Jepun membeli elektrik yang dijana dari lima sumber tenaga diperbaharui pada harga tetap untuk tempoh 20 tahun.
Jelas kenyataan itu, melalui undang- undang baru itu, sebanyak 43 projek kuasa solar dan projek tenaga angin akan menikmati insentif daripada Kementerian Ekonomi, Dagangan dan Industri Jepun (Meti) yang menetapkan harga premium bagi elektrik dari solar pada 42 yen bagi setiap kilowatt.
Jumlah itu merupakan tiga kali ganda penjimatan kegunaan perindustrian berbanding elektrik konvensional.
"Insentif ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengilang-pengilang tempatan Jepun seperti Sharp, Panasonic dan Kyocera, sebaliknya turut dimanfaatkan pengilang-pengilang asing seperti China yang memegang kepentingan terbesar dalam pasaran sel solar dunia.
Pada 2010, eksport Malaysia bagi televisyen digital ke Jepun meningkat dengan ketara apabila kerajaan Jepun memperkenalkan subsidi pembelian produk-produk elektrik dan elektronik mesra alam yang dinamakan sistem Eco-point.
Malaysia yang menjadi salah sebuah pangkalan pengeluaran LCD Jepun turut mendapat faedah daripada undang-undang baru FiT tersebut.
Berdasarkan statistik Jabatan Kastam Jepun, eksport Malaysia meningkat daripada AS$389.35 juta (RM 1.167 bilion ) pada 2009 kepada AS$1.456 bilion (RM 3.348 bilion) pada 2011.
Program FiT turut dijangka memberi faedah kepada Malaysia apabila Panasonic merancang untuk meningkatkan pengeluaran sel solar komersial dari kilang barunya.
Selain Panasonic, Malaysia juga merupakan pangkalan pengeluaran untuk First Solar, SunPower, Q-Cells dan Tokuyama.
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









