ARKIB : 19/07/2012
BIMB untung RM470.1 juta
KUANTAN 18 Julai - Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mencatat keuntungan selepas cukai dan mengeluarkan zakat sebanyak RM470.1 juta pada tahun lalu.
Ketua Pegawai Operasi (Operasi) BIMB, Datuk Norasni Ayob berkata, jumlah keseluruhan zakat BIMB bagi tahun kewangan 2011 juga telah meningkat iaitu sebanyak RM8,080,988.
"Pencapaian kewangan yang memberangsangkan dan kenaikan dana zakat ini membuktikan bertambahnya keyakinan masyarakat terhadap BIMB.
"Justeru, sempena ketibaan bulan Ramadan pada kali ini, BIMB akan mengagihkan sebanyak RM200,000 sumbangan wang zakat dengan melibatkan 820 penerima di Kota Bharu, Kelantan; Shah Alam, Selangor; Segamat, Johor; Labuan, Sabah dan Kepala Batas, Pulau Pinang," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap di Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat di Rumah Anak Yatim Permata Camar di Kampung Cempaka di sini semalam.
Hadir sama Pengerusi Rumah Anak Yatim Permata Camar, Abdul Rahman Abdullah; Pengurus BIMB Cawangan Kuantan, Abd. Manan Talib dan Pengurus BIMB Cawangan Putra Square, Amirudin Mohamed Ariffin.
Menurut Norasni, BIMB sebagai sebuah badan korporat sentiasa membela nasib mereka yang kurang bernasib baik dan akan terus berbakti menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan.
"Selain menyampaikan sumbangan berbentuk wang ringgit, BIMB turut memperuntukan wang zakat bagi tujuan lain seperti Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Sahabat Korporat Tabung Haji, Wakaf Al-Quran, bantuan dermasiswa untuk pelajar di luar negara dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Contohnya, tahun lalu kita meneruskan PPRT di Pahang dengan mengagihkan lebih RM800,000 bagi membina dan membaik pulih 28 buah rumah," jelasnya.
Insurans untuk pembeli tiket
SME Bank jalin kerjasama dengan DAMU Fund
KPJ sasar RM1.3 bilion 2013
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









