ARKIB : 19/07/2012
Mara lulus RM42,000 bantu pelajar tajaan terlibat kebakaran di AS
KUALA LUMPUR 18 Julai - Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan peruntukan khas sebanyak RM42,000 bagi membantu para pelajar tajaannya yang terlibat dalam kebakaran pangsapuri di Universiti Iowa, Amerika Syarikat (AS) Ahad lalu.
Menurut Pengarah Bahagian Komunikasi Korporatnya, Hasni Suleiman, pelajar terlibat akan menerima bantuan sebanyak RM7,000 seorang meliputi elaun komputer, elaun baju panas dan elaun sara hidup.
Katanya, bantuan itu disalurkan secara terus kepada tiga pelajar tersebut yang sedang bercuti di Malaysia manakala bantuan kepada tiga pelajar lagi yang berada di AS akan disalurkan melalui Pejabat Mara Washington.
"Semua ibu bapa atau waris pelajar juga telah dapat dihubungi dan dimaklumkan anak mereka berada dalam keadaan selamat serta diberikan bantuan segera dalam mengatasi masalah yang dihadapi akibat bencana ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada Ahad lalu, penempatan pelajar Malaysia di South Meadows Apartments, South Fifth Street, Ames, Iowa itu musnah dalam kebakaran namun kesemua pelajar tersebut dilaporkan selamat.
Menurut Hasni, perkembangan terkini menunjukkan enam daripada 17 pelajar yang menghuni lima unit kediaman itu merupakan pelajar di bawah tajaan MARA.
Katanya, kesemua pelajar itu juga dalam keadaan selamat yang mana tiga daripada mereka sedang bercuti semester di Malaysia manakala tiga yang lain masih berada di AS dan menginap di apartmen rakan-rakan.
Tambah beliau, pengurusan bangunan kediaman pelajar itu juga telah memberikan komitmen untuk menguruskan penempatan baru seperti mana obligasi kontrak yang telah ditandatangani bersama pelajar.
Malah, ujarnya, Pejabat Mara AS juga telah mendapat komitmen daripada Dekan Perhubungan Pelajar universiti tersebut bagi menguruskan kursus-kursus, buku-buku perpustakaan yang telah musnah dan urusan kaunseling.
"Pelbagai pihak seperti Kedutaan Malaysia di AS, warga Kedutaan Malaysia, Pejabat Mara di AS, pihak berkuasa tempatan, badan kebajikan, orang perseorangan serta masyarakat telah banyak membantu pelajar-pelajar ini mendapatkan bekalan makanan, pakaian sejuk dan keperluan-keperluan lain," jelasnya.
JKR siasat kejadian bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas runtuh
20 murid SK Bukit Lintang keracunan susu
Kereta terpakai: JPJ Selangor, dua pihak dibenar merayu
Rakyat Singapura dipenjara 7 hari kerana pandu secara melulu
Pusat peruntuk RM69 juta bangun syiar Islam di Kelantan
3 lagi pendaki negara tiba di puncak Everest
12 cemas bumbung masjid runtuh
Omar Kaseh Ketua Pengarah MAMPU baharu
Dua pendaki Everest-Felda berjaya sampai puncak pagi ini
Dalang Lahad Datu diketahui
Itu perbuatan gopoh - Nik Abduh
Banteras rasuah kukuhkan kedudukan pemimpin
Kerajaan usaha turun caj internet
Ekonomi separuh kedua kukuh
Sistem penggiliran penguat kuasa KPDNKK
Tiada campur tangan politik dalam PDRM
Penerbangan AirAsia dikecam
Alasan AirAsia dipertikai pengguna
MAS sahkan Maryam Sofea sihat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









