ARKIB : 19/07/2012
JAIS lancar Modul Akidah kekang masalah ummah
SHAH ALAM 18 Julai- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini melancarkan buku Modul Akidah bagi memberi panduan kepada masyarakat Islam negeri ini agar tidak terlibat dengan penyelewengan terhadap akidah, syariah dan akhlak.
Buku tersebut dirangka oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS untuk menambah baik panduan sedia ada dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1952.
Menurut Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin, pelancaran buku itu menandakan pihak JAIS komited dan konsisten dalam membanteras penyelewengan akidah umat Islam ekoran perkembangan terkini teknologi maklumat hari ini.
"Kita mewujudkan buku Modul Akidah ini bagi menggalakkan umat Islam menghayati ajaran Islam dan kita berhasrat untuk memastikan kesejahteraan akidah umat Islam terpelihara.
"Modul Akidah juga dapat menjadi garis panduan kepada pentadbir masjid dan agama setiap daerah untuk memastikan umat Islam mengamalkan ajaran Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Modul Akidah peringkat negeri di Hotel Carlton di sini hari ini. Hadir sama Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS, Jamali Mohd. Adnan.
Marzuki memberitahu, pihaknya juga akan menganjurkan program penerangan berhubung buku Modul Akidah ini dari semasa ke semasa di sembilan daerah di Selangor agar kandungannya lebih difahami oleh umat Islam.
Bajet 2014 dibentang 25 Oktober - PM
KDN bantu kekang fahaman Syiah
Titah Sultan Mizan perlu dijadikan panduan
Isu tudung boleh gugat perpaduan rakyat
Haram halang pakai tudung
Malaysia fokus pembangunan kandungan
Wujudkan dasar dakwah kebangsaan
'Kenaikan 30% adalah mustahil'
'Sultan Sulu' tiada hak terhadap Sabah - Musa Aman
Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri rasmi kampus baharu MSU
MyCC diarah siasat PMBOA di bawah Akta Persaingan
Penyalahgunaan ICT dipantau
Keluarga mangsa hargai operasi mencari
25,000 kontraktor kecil bumiputera diberi keutamaan
Menteri 4 negara bincang isu jerebu
Skuad khas tangani jenayah, vandalisme
LIA2 siap 30 April 2014
Polis, SKMM bincang tindakan hina Nabi
RM10 juta naik taraf laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










