ARKIB : 19/07/2012
Ujian DNA tentukan waris sebenar Qaleesya
JOHOR BAHRU 18 Julai - Polis masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi menentukan waris sebenar bayi berusia lapan bulan yang berjaya diselamatkan polis selepas dilarikan pembantu rumah dari rumah keluarga angkatnya di Taman Impian Emas, Skudai di sini Ahad lalu.
Ketua Polis negri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, hasil keputusan ujian DNA itu bagaimanapun hanya akan diketahui dalam masa beberapa minggu lagi.
“Bayi tersebut menjadi pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya milik mereka. Siapa ibu bapa kandung sebenar bayi tersebut hanya akan diketahui sebaik keputusan DNA diperoleh kelak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan, Qaleesya Wan Mohd. Farid, berusia lapan bulan yang dilarikan oleh pembantu rumah keluarga angkatnya di Skudai, di sini Ahad lalu ditemui selamat di sebuah rumah di Taman Sri Jenjarom, Kuala Langat, Selangor kelmarin.
Susulan serbuan tersebut, polis menahan pembantu rumah berusia 24 tahun dan suaminya berusia 46 tahun, kedua-duanya warga Indonesia.
Difahamkan Qaleesya diserahkan kepada sebuah keluarga di sini oleh seorang lelaki tempatan yang berkahwin dengan seorang pembantu rumah warga Indonesia, sebelum ibu kandungnya pulang ke negara asal apabila pasangan tersebut bercerai.
Mohd. Mokhtar berkata, pembantu rumah dan suaminya kini ditahan reman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan kerana melarikan bayi itu daripada hak penjagaan sah.
Beliau berkata, keluarga angkat Qaleesya juga tidak boleh mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat begitu sahaja, sebaliknya harus mengikuti prosedur undang-undang yang ditetapkan.
Bilik gerakan jerebu akan dibuka
IPU Johor, Melaka, Selangor tidak sihat
Nafi ada pertempuran dengan pengganas
Tentera Darat tumpu 4 teras
Kabinet setuju tubuhkan Mahkamah Koroner kendali kes kematian ketika dalam tahanan
Wanita perlu atasi halangan psikologi untuk menjadi insan berjaya - Rosmah
Syed Mokhtar swastakan Jeti Kuala Kedah?
Keputusan tidak boleh berhimpun di Padang Merbok muktamad - Polis
SPAD disaran pastikan harga tambang kekal - LPKPM
Terima realiti Terengganu negeri ke-11 termiskin
Lelaki tidak serius tentang kanser
Majikan perlu sensitif - MNA
Syor Pangkor, Pengkalan Hulu kawasan bebas cukai
Konvensyen impak sistem meritokrasi terhadap pelajar Melayu
Perlu bijak rancang bajet beli kereta - NGO
Rembau mahu muncul nombor satu dalam pencapaian PMR
SPRM tingkat keselamatan pegawai
Kedah tubuh makmal transformasi
Kakitangan awam pantau harga barang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










