ARKIB : 19/07/2012
Suruhanjaya Pilihan Raya terima 205,757 permohonan pemilih
KUALA LUMPUR 18 Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 205,757 permohonan pendaftaran pemilih dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun 2/2012 dari April hingga Jun 2012.
Daripada jumlah itu, sebanyak 154,016 permohonan terdiri daripada pendaftaran pemilih baru manakala 51,741 merupakan permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.
Suruhanjaya itu dalam kenyataan di sini hari ini berkata, Rang Daftar Pemilih Tambahan (Rang DPT) bagi suku tahun 2/2012 akan dipamerkan di 950 tempat di seluruh negara selama 14 hari bermula esok.
Katanya, tempat pameran itu terdiri daripada 15 pejabat pilihan raya negeri, 453 pejabat pos berkomputer, 86 kompleks/pejabat kerajaan, 123 pejabat daerah/pejabat tanah, 48 majlis daerah/perbandaran, 190 dewan serbaguna/rukun tetangga/balai raya dan 35 tempat lain yang terlibat.
Tambahnya, pemohon sebagai pemilih baru atau menukar alamat pusat mengundi pada April, Mei dan Jun 2012 dinasihatkan menyemak Rang DPT suku tahun 2/2012 sepanjang tempoh pameran berlangsung.
Bantahan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada hari bekerja.
Katanya, pada pameran itu juga SPR akan mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih sekiranya mereka didapati telah meninggal dunia, dilucut hak warganegara dan pesara polis dan tentera.
"Orang ramai boleh menghubungi talian 03-88856565, pejabat pilihan raya negeri, faks ke 03-88889117 atau melayari laman web SPR di alamat www.spr.gov.my untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pameran Rang DPT suku tahun 2/2012," katanya. — BERNAMA
JKR siasat kejadian bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas runtuh
20 murid SK Bukit Lintang keracunan susu
Kereta terpakai: JPJ Selangor, dua pihak dibenar merayu
Rakyat Singapura dipenjara 7 hari kerana pandu secara melulu
Pusat peruntuk RM69 juta bangun syiar Islam di Kelantan
3 lagi pendaki negara tiba di puncak Everest
12 cemas bumbung masjid runtuh
Omar Kaseh Ketua Pengarah MAMPU baharu
Dua pendaki Everest-Felda berjaya sampai puncak pagi ini
Dalang Lahad Datu diketahui
Itu perbuatan gopoh - Nik Abduh
Banteras rasuah kukuhkan kedudukan pemimpin
Kerajaan usaha turun caj internet
Ekonomi separuh kedua kukuh
Sistem penggiliran penguat kuasa KPDNKK
Tiada campur tangan politik dalam PDRM
Penerbangan AirAsia dikecam
Alasan AirAsia dipertikai pengguna
MAS sahkan Maryam Sofea sihat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









