ARKIB : 19/07/2012
PDRM sedia latih pengawal keselamatan
KUALA LUMPUR 18 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia berkongsi kepakaran dalam konteks menangani jenayah dengan para pengawal keselamatan pusat beli-belah yang akan menjalani latihan di bawah kendalian pasukan itu tidak lama lagi.
Kepakaran tersebut termasuk kemampuan untuk mengesan risiko kehadiran jenayah serta kebolehan mengendalikan kes jenayah yang menyasarkan pelanggan-pelanggan di pusat beli-belah.
Pengarah Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, setiap pengawal keselamatan yang dilatih akan diterapkan dengan konsep cegah jenayah yang biasa diamalkan oleh polis dalam menjaga keselamatan masyarakat.
Katanya, pengawal keselamatan tidak lagi sesuai hanya mengamalkan konsep menjaga dan membuat rondaan di sekitar pusat komersial itu sebaliknya perlu tahu perkara yang perlu dilakukan untuk mencegah jenayah di kawasan bertugas mereka.
"Antara pendekatan yang akan diajar kepada mereka adalah bagaimana untuk mengesan kehadiran jenayah serta memberi pertolongan kepada mangsa sekiranya berlakunya jenayah.
"Selain itu, mereka juga akan diberi pendedahan untuk mengamalkan cara kerja yang yang lebih sistematik seperti yang diamalkan polis contohnya dalam melakukan pusingan tugas, selain mengendalikan tempat-tempat letak kereta dengan lebih berkesan," katanya selepas mengetuai program High Profile Policing di Mid Valley di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menggesa supaya semua pusat beli-belah di ibu negara menaik taraf kualiti kamera litar tertutup (CCTV) supaya ia mampu digunakan untuk menyelesaikan sebarang kes jenayah.
"Banyak kes berlaku tetapi CCTV rosak dan kabur. Kita percaya masih ada premis yang tidak dilengkapi kemudahan itu sehingga menimbulkan kesukaran kepada polis untuk mengesan suspek jika berlaku jenayah," katanya selepas bertemu dengan 80 ketua keselamatan pusat beli-belah di sini hari ini.
Dua bekas KPN anggap tindakan tangkap betul
Jangan politikkan tangkapan di bawah Akta Hasutan
Subjek bahasa Mandarin, Tamil di sekolah kebangsaan diteliti
Polis boleh ambil tindakan ke atas Anwar
Kalimullah diberi seminggu
Kontroversi patut buka mata AirAsia
Boikot produk syarikat demi kesejahteraan negara
Gabung pertahan Utusan Malaysia perjuang hak bumiputera
Kagum semangat kental Siti Hanisah
Gembira anak tawan puncak Everest
Longgarkan syarat visa tarik pelajar
Kazakhstan hasrat miliki agensi seperti Tabung Haji
Perjuangan Islam, Melayu perlu diorganisasi
Palanivel bertemu PM bincang kebajikan masyarakat India
Palanivel nafi lulus resolusi larang rebut jawatan Presiden
Tingkatkan kerohanian belia
200,000 dijangka meriahkan Fiesta Utusan
Golongan muda perlu rujuk al-Quran, As-Sunnah
Perketat kahwin bawah umur
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









