ARKIB : 19/07/2012
Felda bekerjasama dengan UPM hasilkan pelan induk
KUALA LUMPUR 18 Julai - Projek Model Pembangunan Generasi Baru Felda yang diterajui sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) bakal menjadi pelan induk dalam usaha membangunkan potensi generasi baru Felda.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, kajian model yang dijangka siap dalam masa sembilan bulan lagi itu membolehkan pengurusan generasi baru Felda dilakukan secara teratur.
Menurut beliau, antara fokus utama model tersebut adalah berkaitan aspek pendidikan, ekonomi, latihan kerjaya dan kemahiran serta pengurusan ladang getah dan kelapa sawit.
"Sudah tiba masanya kita membuat perancangan secara tersusun memperkasakan generasi baru yang dianggarkan seramai 1.6 juta orang yang bakal mewarisi kemakmuran Felda.
"Sehubungan itu, Felda memerlukan satu garis panduan yang mantap agar usaha membangunkan generasi baru yang ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai salah satu daripada lima teras Felda dilakukan secara berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) Model Pembangunan Generasi Baru Felda antara UPM dan Felda di Dewan Besar UPM, dekat sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Saleh Jaafar; Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Felda, Faizoull Ahmad dan Pengarah Urusan UPM Holdings Sdn. Bhd., Dr. Husaini Omar.
Projek Model Pembangunan Generasi Baru Felda dijalankan sekumpulan 17 pakar dalam bidang pendidikan, psikologi, sosiologi, ekonomi, pembangunan belia, pendidikan lanjutan dan teknologi maklumat.
Empat aspek yang bakal diperkasakan adalah pendidikan rendah dan menengah sebagai asas pembentukan generasi transformatif, persekitaran sosial dan pembangunan sahsiah yang mapan, akses kepada latihan kemahiran dan pendidikan tinggi di Felda serta alternatif aktiviti ekonomi generasi baru Felda.
Dana sebanyak RM541,700 untuk membiayai projek tersebut diperoleh menerusi geran yang dikeluarkan Felda.
Bajet 2014 dibentang 25 Oktober - PM
KDN bantu kekang fahaman Syiah
Titah Sultan Mizan perlu dijadikan panduan
Isu tudung boleh gugat perpaduan rakyat
Haram halang pakai tudung
Malaysia fokus pembangunan kandungan
Wujudkan dasar dakwah kebangsaan
'Kenaikan 30% adalah mustahil'
'Sultan Sulu' tiada hak terhadap Sabah - Musa Aman
Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri rasmi kampus baharu MSU
MyCC diarah siasat PMBOA di bawah Akta Persaingan
Penyalahgunaan ICT dipantau
Keluarga mangsa hargai operasi mencari
25,000 kontraktor kecil bumiputera diberi keutamaan
Menteri 4 negara bincang isu jerebu
Skuad khas tangani jenayah, vandalisme
LIA2 siap 30 April 2014
Polis, SKMM bincang tindakan hina Nabi
RM10 juta naik taraf laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










