ARKIB : 19/07/2012
Biasiswa bukti kerajaan beri pendidikan percuma
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemberian biasiswa kepada golongan orang kurang upaya (OKU), atlet serta pelajar cemerlang membuktikan usaha kerajaan itu.
Selain itu, katanya, pertukaran status daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa bagi pemegang ijazah kelas pertama menunjukkan kerajaan mengiktiraf kecemerlangan mereka.
"Kita ada program biasiswa MyBrainSc, atlet dan kepada golongan OKU sama ada belajar secara sepenuh masa atau tidak di institusi pengajian tinggi awam mahu pun swasta serta dana yang ditubuhkan oleh mana-mana badan atau universiti.
"Bagi golongan atlet sahaja, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM10 juta untuk membiayai pengajian kepada 150 atlet cemerlang dalam sukan manakala biasiswa MyBrainSc pula sebanyak RM9.5 juta pada tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Impianku ke Menara Gading bagi Pelajar Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Setaraf Sesi Akademik 2012/2013 di sini semalam.
Menurut Mohamed Khaled, sepanjang 10 tahun lalu juga, kerajaan tidak pernah menaikkan kadar yuran mana-mana universiti awam.
Katanya, ia adalah usaha kerajaan untuk menyediakan akses luas kepada rakyat melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat tertinggi bagi membangunkan modal insan dalam negara.
Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 13,874 pelajar daripada golongan berpendapatan rendah dan tinggal di kawasan pedalaman layak mengikuti pengajian tinggi.
Menurutnya, ia merupakan usaha kerajaan untuk memberi peluang serta mengukuhkan tempat golongan itu di peringkat pengajian tinggi.
"Bagaimanapun, kita dapati tempat sangat terhad memandangkan pencapaian pelajar setiap tahun bertambah banyak dan persaingan juga bertambah sengit. Oleh itu, ada pelajar yang tidak berjaya dan mendapat bidang pilihan mereka," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sebanyak tiga menerusi STPM dan matrikulasi tetapi gagal mendapat tempat di universiti agar menerima bidang lain yang ditawarkan selepas proses rayuan.
Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga sedang mengkaji sistem pembelajaran di sekolah rendah dan menengah bagi menarik minat golongan pelajar lelaki untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti.
"Sekarang ini pelajar lelaki merasakan sistem di sekolah terlalu cenderung kepada peperiksaan di mana ia tidak sesuai dengan potensi diri yang lebih cenderung kepada inovasi dan penerokaan.
"Justeru, kita akan usahakan supaya mereka tidak tercicir berbanding pelajar perempuan dalam membentuk modal insan dan menghadapi cabaran menjelang 2020," katanya.
Sementara itu, menyentuh perkembangan penuntut Malaysia yang terlibat dalam kebakaran di South Meadow Apartments, di bandar raya Ames, Iowa di Amerika Syarikat semalam, beliau berkata, kedutaan Malaysia di Washington telah bertemu dengan mereka untuk berurusan dengan pihak universiti masing-masing dan pemilik rumah itu.
Katanya, semua penuntut Malaysia itu selamat dan segala urusan berkaitan pasport serta lain-lain akan diuruskan oleh pihak kedutaan Malaysia di sana.
"Tidak ada kecederaan fizikal, daripada 17 pelajar terlibat hanya tiga hingga empat orang yang tinggal dan yang lain telah balik ke Malaysia atau makan angin.
"Pada masa sama, pihak kita turut menghulurkan bantuan melalui tabung kecemasan dan sebagainya," katanya.
Mansuh Dewan Negara, usaha DAP untuk ubah model Malaysia
Kerusi Exco Selangor: Pas 4, PKR 3, DAP 3 - Khalid
Perenang buta berjaya rentas Selat Pulau Pinang
Lebih 20,000 guru terlibat program JQaf seluruh negara
Guna saluran betul jika tidak puas hati - Lam Thye
Polis siasat Malaysia Spring
Pelbagai pihak sokong kenyataan Ahmad Zahid
Fokus kepada negeri dimenangi, bukan sibuk buat perhimpunan haram
MB arah pembalakan dihentikan
Pendidikan seimbang jadikan Malaysia hebat
RCI tangani isu PATI di Sabah
Veteran UMNO boikot AirAsia, AirAsia X
7 pendaki Everest-Felda tiba di Kem 2
640% kontraktor kelas F disenarai hitam - SPNB
Muzium wajar dilawati lebih kerap
RHB Bank bantu 10 badan kebajikan
Sambutan 100 tahun Prep School
Wahid yakin keupayaan bakal CEO baru Maybank
Lepasan Mara penuhi pasaran kerja
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









