ARKIB : 18/07/2012
Juara Sukma cuti umum Ahad
KEMAMAN 17 Julai - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan Ahad ini sebagai cuti umum di Terengganu berikutan kejayaan kontinjen negeri itu menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang, malam tadi.
Beliau berkata, pengisytiharan cuti umum itu sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat yang menyokong atlet Sukma negeri dan berbangga dengan mereka yang berjaya melakar kejayaan berterusan dan kali ini lebih gemilang.
"Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada kejayaan kontinjen Sukma negeri, saya isytiharkan Ahad ini sebagai cuti umum di Terengganu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan pasukan itu di Padang Astaka, Cukai di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat dan Ketua Kontinjen Sukma Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail.
Kira-kira 5,000 orang daripada segenap lapisan masyarakat memeriahkan majlis sambutan itu yang turut menyaksikan para atlet dan pegawai skuad Hanelang diarak di sekitar daerah itu bermula dari sempadan Terengganu-Pahang.
Pada edisi kali ini, Terengganu yang mengekalkan gelaran juara sejak Sukma 2008 membuktikan ia berada dalam kelas tersendiri dengan 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa.
Ia merupakan kejayaan terbaik Terengganu yang meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa ketika kali pertama kontinjen yang digelar Terengganu Hanelang itu muncul juara Sukma edisi 2008 semasa menjadi tuan rumah.
Sementara itu, kejayaan kontinjen itu akan diraikan dalam majlis rasmi oleh Menteri Besar di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu tengah hari ini.
Lebih RM300 juta naik taraf Pelabuhan Chendering
RM800,000 bantu rakyat miskin
Belia Kelantan terus diperkasa - Makhtar
MAIK agih zakat bantu mangsa kebakaran
15 penagih leka lepas gian diberkas
Murid, guru SK Seri Kota raikan sambutan Hari Guru
Polis buru bekas banduan cederakan warga emas
Tiga bersaudara lembam harapkan pembelaan masyarakat
Pemilik kedai runcit rugi RM100,000 dalam kebakaran
Sekadar ulang janji lama
Masalah air bersih terus belenggu penduduk Kelantan
Industri batik tempatan diyakini terus berkembang
ADUN cuba pendekatan baru
Tubuh koperasi bantu nelayan sungai
LKTN pergiatkan kempen tingkat pengusaha kenaf
SMK Seri Budiman perintis program cari bakat sukan berbasikal
Kakitangan HUSM cipta Lolimex
Pengayuh beca mahukan pembelaan kerajaan Pas
Penjara Pengkalan Chepa sasar jualan produk RM1.5 juta
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









