ARKIB : 18/07/2012
Lima produk pertanian berjaya
KOTA KINABALU 17 Julai - Kerajaan negeri telah mengenal pasti lima produk pertanian yang berjaya dan berpotensi di negeri ini untuk dipasarkan ke peringkat global.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, ia adalah Teh Sabah, Kopi Tenom, Buah Pomelo Tenom, Sayur Kundasang dan Salak Sandakan.
“Produk-produk ini telah pun mendapat pengiktirafan produk berkualiti dengan memperolehi Sijil Akreditasi Ladang Malaysia," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Melanie Chia Chui Ket (SAPP-Luyang) yang bertanya apakah jenis-jenis produk pertanian yang sudah berjaya di Sabah.
Jelas Yahya, sektor pertanian di negeri itu mempunyai potensi yang besar dan tidak terbatas kepada tanaman sahaja.
Katanya, industri lebah madu misalnya sudah lama berkembang di Sabah dan berpotensi dipasarkan ke luar negara.
“Begitu juga dengan hasil-hasil industri asas tani seperti kuih cincin, keropok amplang, kerepek pisang sekaki dan minyak kelapa dara juga telah semakin luas pasarannya di rantau ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, selain tanaman kelapa sawit yang menjadi industri utama bertaraf global, industri buah-buahan juga mula menunjukkan peningkatan.
Jelasnya, ini dapat dilihat apabila produk buah-buahan tempatan telah mula dieksport ke Brunei dan Indonesia pada tahun lalu.
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Kecuaian guna elektrik punca majoriti kebakaran
'Kijang' curi penumpang kami
Pihak berkuasa serius banteras kereta sapu
Sabah kekal simpanan tetap BN
Petronas, Pengasih cegah penyalahgunaan bahan terlarang
Suara warga Kota Kinabalu terus didengari
Sarawak sasar 4 juta pelancong
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









