ARKIB : 18/07/2012
Syria ke kancah perang agama
TREIMSA, Syria 17 Julai - Penduduk perkampungan Treimsa, di sini berkata, serangan yang dilancarkan tentera kerajaan dengan bantuan kumpulan militia shabiha pada minggu lalu akan mengheret Syria ke kancah perang agama.
Walaupun tentera kerajaan menjadikan kumpulan pemberontak sebagai sasaran, kebencian penduduk di perkampungan ini terhadap kerajaan dilihat semakin memuncak.
"Saya tidak pasti jika saya boleh memaafkan tentera kerajaan yang membunuh beratus-ratus penduduk dalam serangan pada Khamis minggu lalu," kata seorang doktor.
Kementerian Luar Syria bagaimanapun, menolak dakwaan keganasan yang dilakukan tentera kerajaan, sebaliknya menyatakan serangan itu bertujuan menghapuskan kumpulan pengganas.
Katanya, serangan tersebut menyebabkan hanya dua penduduk awam dan 37 pemberontak terbunuh.
Sementara itu, Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia mendakwa lebih 200 penduduk terbunuh ketika tentera kerajaan melancarkan serangan di perkampungan itu pada minggu lalu dan ia merupakan 'pembunuhan beramai-ramai paling besar' sejak Syria bergolak.
Seorang komander kumpulan pemberontak yang identitinya tidak didedahkan memberitahu bahawa, serangan tersebut merupakan strategi kerajaan untuk mencetuskan perang agama di negara ini selain memburukkan lagi situasi.
"Perkampungan Treimsa mempunyai hubungan baik dengan puak Sunnah dan kerajaan berkeras ingin menghapuskan puak tersebut.
"Kami tidak akan membiarkan kerajaan merosakkan hubungan baik yang telah wujud sejak beberapa dekad lalu," katanya. - AFP
18 terkorban dalam serangan berani mati terbaru di Iraq
64 maut di utara India
Cadangan naikkan harga minyak dibantah
Amaran kepada kuasa Eropah
Kelab malam wajib tutup sepanjang Ramadan
Malaysia tentang hasrat bahagikan masjid al-aqsa
Presiden tolak henti aktiviti nuklear
Ramadan: 898 pusat hiburan di Jakarta dilarang operasi
64 juta pengguna aktif Facebook di Indonesia
Bantah Piala Konfederasi: Pemuda bertempur polis
Presiden baharu Iran teruskan aktiviti nuklear
Bantah kenaikan harga minyak
Singapura turut dilanda jerebu
80,000 askar Syria sedia tawan Aleppo
PM Republik Czech letak jawatan
Islam Britain boikot kurma Israel
Polis, penunjuk perasaan bertempur
Mahkamah bubar Parlimen Kuwait
Mahkamah bubar Parlimen Kuwait
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










