ARKIB : 18/07/2012
Pengasas bersama Deep Purple meninggal dunia
LONDON 17 Julai - Pemain keyboard Deep Purple dan pengasas bersama kumpulan rock itu, Jon Lord (gambar) meninggal dunia semalam, pada usia 71 tahun.
Lord yang juga penulis bersama lagu paling popular kumpulan lagenda rock Britain itu, Smoke On The Water, meninggal dunia di London Clinic, dengan dikelilingi oleh ahli keluarganya.
Menurut ahli keluarganya yang membuat pengumuman mengenai kematiannya itu, komposer itu meninggal dunia akibat penyakit kanser pankreas yang dihidapinya sejak Ogos lalu.
"Berehatlah dengan tenang pemain keyboard agung Lord. Terlalu banyak lagu-lagu hebat dan muzik yang menakjubkan telah anda sumbangkan. Terima kasih," tulis bekas anggota kumpulan rock Amerika Syarikat, Against the Machine, Tom Morello dalam laman blog mikro Twitter.
Bekas pemain keyboard kumpulan Yes, Rick Wakeman pula menyifatkan Lord sebagai 'penghibur yang hebat'.
"Kami merancang untuk menulis dan merakamkan album sebelum dia sakit.
"Sumbangannya kepada dunia muzik dan rock klasik tidak ternilai dan saya akan merinduinya," katanya.
Lord juga pernah menganggotai kumpulan Whitesnake. - AFP
Diboikot media?
Debaran konsert
Mizz Nina cemerlang!
Akademi Fantasia kembali
Nasib Afiq Muiz masih samar
Luah cinta dalam lirik
Setia bersama
'Belum rezeki kami'
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









