VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 18/07/2012

Di puncak dunia

PADA usia 18 tahun, dia berjaya menawan dunia menerusi suaranya sehingga mampu mengumpul lebih 20 juta pengikut atau lebih dikenali sebagai Beliebers di laman Twitter.

Penyanyi remaja asal Kanada itu juga disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai selebriti ketiga berkuasa di dunia dengan pendapatan RM 175 juta dalam tempoh 12 bulan.

Itulah fenomena yang dicetus oleh Justin Drew Bieber, bakat yang dicungkil YouTube pada tahun 2008.

Sejak menghasilkan album pertama, My World pada 2009 hingga kini dia telah mengadakan persembahan di 118 buah stadium dan arena dunia.

Melihat kepada kepadatan aktiviti seninya, jelas sekali Bieber tidak dapat menjalani kehidupan seperti mana remaja seusia.

Hidupnya sentiasa menjadi perhatian dan jika ada kesilapan kecil yang dilakukan Bieber pasti menjadi tajuk besar di dada akhbar.

Apa pun dia juga manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan.

Antara berita panas yang tidak pernah surut berkaitan Bieber adalah kisah cintanya dengan Selena Gomez dan terbaru, pergaduhannya dengan jurufoto paparazi.

Meskipun banyak cerita negatif yang dilontarkan kepadanya, namun Bieber yang datang kali kedua di Malaysia untuk menjayakan MTV World Stage Live In Malaysia 2012, lebih senang melihat kehadirannya dalam bidang seni dari sudut positif.

"Semua orang tahu bagaimana saya dapat berdiri seperti sekarang. Walaupun ramai yang meminati, saya tahu ada juga yang tidak suka.

"Saya adalah insan biasa yang tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Bagaimanapun saya tetap berasa gembira kerana hadir dalam bidang ini bagi memberi inspirasi kepada orang lain," kata Bieber yang dibesarkan oleh ibunya, Pattie Mallette.

Bieber yang menjadi artis pembuka tirai untuk persembahan MTV World Stage Live In Malaysia 2012 yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Sabtu lalu, berkata, dia gembira dapat menjejak kaki ke Malaysia.

Pertama kali ke sini pada April tahun lalu adalah bagi menjayakan Justin Bieber My World Tour di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Menurut Bieber, biarpun hidupnya ibarat burung dalam sangkar namun dia cukup gembira kerana bidang yang dipilih selari dengan minat.

"Walaupun hidup sangat sibuk tapi saya suka menjadi penghibur kerana dapat bertemu dengan ramai orang di tempat berbeza.

"Saya suka datang ke Malaysia kerana setiap kali datang, mesti saya disambut dengan tangan terbuka oleh anda semua," katanya.

Dia yang mendendangkan lagu Baby, Around The World, As Long As You Love Me, Di In My Arm, Be Alright, One Time, Never Say Never dan Boyfriend ketika persembahan MTV World Stage dilihat mesra melayan kehendak peminat sewaktu sidang akhbar yang diadakan sebelah pagi di Pusat Konvensyen Centre Kuala Lumpur (KLCC).

Pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh wartawan daripada beberapa negara Asia Tenggara, Bieber mengadakan persembahan secara akustik dengan iringan petikan gitar.

Selepas mendendangkan tujuh buah lagu, Bieber turut berkongsi cerita tentang pembikinan album terbarunya, Believe.

"Menerusi album ini saya diberi kebebasan untuk bekerjasama dengan komposer dan produser yang saya suka berbanding album pertama. Dulu hanya menurut, sekarang ini saya bebas menentukan hala muzik sendiri.

"Setiap lagu dalam album ini mempunyai kaitan dengan diri saya dan berharap ia juga dapat memberi inspirasi kepada para pendengar," katanya.

Melihat kepada populariti yang diraih, Bieber berkata, tiada apa yang diinginkan sekarang ini selain daripada penghargaan menerusi Anugerah Grammy atas usahanya selama ini.

Bieber yang meminati kereta Rolls Royce berkata, melihat sambutan yang diberikan oleh peminat tempatan, dia tidak ragu-ragu untuk datang lagi ke sini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.