ARKIB : 18/07/2012
Gudang mercun terbakar di Danok
BUKIT KAYU HITAM 17 Julai - Pelancong pusat hiburan gempar apabila dikejutkan dengan letupan kuat selepas sebuah gudang menyimpan mercun terbakar di bandar sempadan Danok, selatan Thailand dekat sini malam tadi.
Letupan dahsyat itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam (waktu Malaysia) ketika ramai pelancong terutamanya rakyat negara ini sedang beristirahat dalam pusat hiburan berdekatan Lorong Thai Changlon 2.
Insiden itu turut menyebabkan beberapa siri letupan kuat yang menggegarkan kawasan dalam lingkungan satu kilometer dari tempat kejadian termasuk sekitar pos kawalan keselamatan Malaysia.
Difahamkan mercun terbabit disimpan dalam gudang berkenaan yang dijadikan pusat transit sebelum dipercayai akan diseludup ke negara ini menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
Kebakaran dipercayai bermula dari kedai menjual baju sebelum merebak ke enam lagi premis berhampiran termasuk gudang terbabit.
Saksi, Darakorn Meekham, 24, memberitahu, sebelum kejadian, beberapa penduduk dikatakan sempat melihat beberapa kanak-kanak bermain bunga api di hadapan kedai baju di kawasan berkenaan.
"Tidak lama kemudian, saya terdengar penduduk menjerit meminta tolong kerana kedai terbakar. Api merebak dengan cepat sehinggalah sampai di gudang berkenaan.
"Keadaan menjadi kelam-kabut apabila terdengar bunyi letupan kuat disusuli percikan api ke langit," katanya.
Darakorn berkata, dia bersama beberapa lagi rakan yang merupakan rakyat Malaysia bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.
"Mula-mula kami ingat diserang bom, namun tidak lama penduduk memaklumkan ia berpunca daripada kebakaran di gudang mercun," katanya.
Peniaga, Wae Doraoh Chek-useng, 46, berkata, sebanyak lapan kedai yang kebanyakannya menjual pakaian dan kasut musnah dalam kebakaran itu.
Bagaimanapun, katanya, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan di lokasi yang terletak kira-kira 50 meter dari pintu sempadan Malaysia-Thailand itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sadao, Kolonel Noppadol Phetsut ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes tersebut.
"Kita juga minta Unit Forensik kebakaran untuk bantu kita jalankan siasatan. Kejadian itu adalah kebakaran biasa dan bukannya serangan pengganas," katanya yang menyiasat pemilik premis yang menyimpan mercun itu.
Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Konsulat Malaysia di Songkhla berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan melibatkan rakyat Malaysia setakat ini.
"Pegawai kita sudah menjalankan pemantauan di lokasi kejadian. Bagaimanapun, setakat ini kami diberitahu oleh pihak berkuasa tiada rakyat Malaysia terlibat," katanya.
Enam anak Felda takluk Everest
Malaysia lobi kerusi Majlis Keselamatan
SPR tubuh pasukan khas semak guna dakwat kekal
PPPR syor tiga langkah perangi rasuah
2 kementerian setuju NBOS diperkasa
Dua kementerian bergerak senada
CUEPACS gesa boikot AirAsia
Perkasa desak Kalimullah mohon maaf
Kalimullah tidak faham sejarah, lupa diri
AirAsia enggan bawa pulang jenazah dari Jogjakarta
MAS sedia perkhidmatan bawa jenazah
7 muka baharu Exco N. Sembilan
Blog kemas kini senarai boikot produk
Richard tumpu isu gaji minimum
Kesihatan Azizan semakin baik
Pengguna kapal terbang naik 2.17j
Fiesta 75 Tahun Utusan menanti di Festival Belia Putrajaya 2013
Raja Nazrin rasmi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
Dakwat kekal: SPR tubuh pasukan khas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









