VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 18/07/2012

Bursa, SC tidak lulus urus niaga?

KUALA LUMPUR 17 Julai - Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong mendakwa pembelian aset Talam Corporation (Talam), pada harga RM676 juta oleh kerajaan Selangor tidak diluluskan Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada pengumuman Talam sendiri menerusi laman web Bursa Malaysia pada 12 Julai lalu.

Ujar beliau, dalam pengumuman itu Talam membuat penjelasan kenyataan syarikatnya bahawa Bursa Malaysia dan SC meluluskan penilaian tanah pada 11 Julai lalu adalah tidak benar.

"Ini bermaksud penilaian ke atas semua aset Talam yang dijual kepada kerajaan Selangor tidak diluluskan Bursa Malaysia dan SC dan ini juga bermakna pembelian aset Talam pada harga RM676 juta oleh kerajaan Selangor tidak diluluskan Bursa Malaysia dan SC.

"Laporan penilaian yang ada disediakan oleh penilai bagi pihak Talam. Ia kemudian digunakan oleh Talam sebagai asas menentukan harga setiap aset yang dijual kepada kerajaan Selangor," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat MCA, di sini hari ini.

Tee Yong berkata, hansard Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor iaitu dari 2010 hingga 2011 tidak pernah menjelaskan mengenai proses penilaian ke atas setiap aset yang dibeli kerajaan negeri.

"Berdasarkan hansard ini banyak pertanyaan mengenai perkembangan urus niaga antara Talam dan kerajaan negeri tetapi tiada masalah yang didedahkan pada sidang dewan.

"Antaranya aset-aset seperti tanah di dalam air, tanah bekas lombong besar dan tanah yang sukar mencari pembeli. Hansard juga tidak menyatakan mengenai tanah di Danau Putra yang menjadi kes mahkamah," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Tee Yong berkata, selepas beberapa siri pendedahan oleh MCA, kerajaan negeri pada 12 Julai lalu, mengumumkan Talam mempunyai hutang RM80 juta dengan kerajaan negeri.

Sedangkan, katanya, hansard bertarikh 9 November 2010 muka surat 18 menyatakan kerajaan negeri mempunyai hutang RM30 juta dengan Talam yang diselesaikan kemudian.

Sementara itu, beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai tanah di Bestari Jaya yang dibeli lebih tinggi daripada harga pasaran sebanyak RM42 juta.

Tee Yong juga mendesak kerajaan negeri menjelaskan mengenai kemungkinan tanah di Danau Putra dibeli dengan harga lebih tinggi sebanyak RM57 juta berbanding harga lelong.

"Saya juga ingin bertanya memandangkan penilaian Talam tidak diluluskan oleh Bursa Malaysia dan SC, adakah ini bermaksud kerajaan Selangor bergantung semata-mata kepada penilai pihak Talam dan bukannya penilai pihak negeri bagi setiap penilaian aset?

"Saya juga ingin bertanya iaitu pada 2010, kerajaan Selangor berhutang RM30 juta dengan Talam tetapi pada tahun ini, kerajaan negeri tiba-tiba menyatakan Talam berhutang dengan mereka sebanyak RM80 juta. Apa sedang berlaku? Mengapa ia didedahkan sekarang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.