ARKIB : 18/07/2012
Garis panduan diwujudkan kawal telefon bimbit di sekolah
KUALA LUMPUR 17 Julai - Satu garis panduan bagi mengawal penggunaan alat komunikasi di sekolah akan ditetapkan untuk mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, ia termasuk mengehadkan penggunaan telefon bimbit dengan melarang pelajar menggunakannya sewaktu pembelajaran dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya gagal mematuhi peraturan tersebut.
"Kementerian dalam proses merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan menyenaraikan peraturan yang wajib dipatuhi.
"Ibu bapa tidak perlu bimbang dan melihat perkara ini secara negatif, sudah tentu kita tidak akan membiarkan pelajar taksub dengan alat komunikasi mereka, malah, kita akan mengajar mereka menggunakan peralatan itu dengan betul," katanya pada sidang akhbar selepas menutup Pertandingan Pidato Tingkatan Peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Beliau mengulas kebimbangan ibu bapa berhubung keputusan kerajaan membenarkan para pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.
Menurut Ka Siong, garis panduan itu akan turut menetapkan had masa yang membolehkan pelajar menggunakan alat komunikasi berkenaan selain dipantau para guru di sekolah.
Katanya, kementerian juga tidak akan sesekali membenarkan pelajar menggunakan telefon pada waktu pembelajaran dan guru-guru diberikan kuasa penuh merampas atau mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang melanggar kesalahan tersebut.
"Sekiranya pelajar menyalahgunakan kebebasan yang kita berikan, tindakan tegas seperti mendenda dan melarang pelajar terbabit dari menggunakan telefon di sekolah akan diambil," tegasnya.
Ka Siong menjelaskan, keputusan membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah sejajar dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.
"Sebelum ini ibu bapa pernah beberapa kali meminta kami membenarkan anak-anak mereka membawa telefon bimbit ke sekolah bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak masing-masing," katanya.
Dr. M sokong tidak tanding
Najib terima kunjungan Ketua Menteri Victoria
10j pencarum KWSP tiada penama
Kos tanggung 11,509 banduan asing RM402,815 sehari
Tebusan: Kuasa besar restui tindakan Israel
Jajaran kedua MRT diumum hujung tahun
ISA tidak akan diwujudkan semula - Nancy
Tubuh inkues siasat mangsa tertimbus
Kekalkan semangat toleransi antara kaum - Sultan Mizan
Awaluddin dipilih Yang Dipertua DUN NS sebulat suara
Pengguna minta kaji semula keputusan naik tambang bas ekspres
Hanya dua kawasan bacaan IPU tidak sihat
Azrinaz Mazhar kini usahawan telekomunikasi berjaya
Eksesais CARAT 2013 berlangsung
Kajian Suara Hati Johor
Sasar daftar 1,000 pembayar zakat dalam online
Sedia timbang bantu wanita Kelantan berkahwin lelaki luar
Tawaran haji kepada bakal jemaah tidak akan ditarik balik
KBS cadang tambah modul keusahawanan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










