VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 17/07/2012

Telefon pintar Touch 'n Go

Aplikasi baru telefon pintar akan menjadikan peranti itu sebagai pengganti kad Touch 'n Go dalam pelbagai urusan, termasuk pembayaran tol. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR 16 Julai - Penyedia sistem pembayaran elektronik, Touch & Go Sdn. Bhd. (TNGSB), akan memperkenalkan aplikasi telefon pintar komunikasi lapangan dekat (NFC) yang akan membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar mereka sebagai kad Touch 'n Go dalam tempoh dua bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Karim Md. Lassim berkata, TNGSB telah bekerjasama dengan Maxis dan CIMB untuk projek perintis itu.

"Selepas enam bulan, kami akan menawarkan perkhidmatan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi yang lain juga," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan kad Touch 'n Go Cares di sini hari ini.

NFC ialah teknologi wayarles jarak dekat yang membolehkan komunikasi antara peranti dalam jarak beberapa sentimeter.

Perkhidmatan NFC mudah alih akan membawa keseluruhan dimensi baharu kepada hayat digital pengguna, menukarkan telefon pintar menjadi peranti tanpa sentuh bagi aplikasi "touch-and-go" seperti pembelian tiket pengangkutan, pembayaran serta perkhidmatan inovatif lain - poster pintar, kawan-ke-kawan atau kawalan akses.

Abdul Karim berkata, syarikat telah melabur lebih setengah juta ringgit untuk membangunkan perkhidmatan itu.

"Jumlah itu tidak termasuk pelaburan oleh Maxis dan CIMB," kata beliau.

Abdul Karim berkata, para pengguna Touch 'n Go juga boleh menambah semula kad-kad mereka menggunakan akaun semasa dan akaun simpanan menjelang akhir tahun.

"Syarikat menyasar menjual 1.3 juta kad tahun ini, meningkat sedikit daripada tahun lepas," kata beliau.

Sementara itu, TNGSB akan mengeluarkan kad Touch 'n Go Cares rekaan baru untuk kutipan dana amal.

Kad, berharga RM10 setiap satu, akan dikeluarkan mulai 18 Julai, kata Abdul Karim.

Untuk setiap kad yang dijual, RM3 akan diperuntukkan untuk dana/tabung yang akan dibahagikan sama rata dalam kalangan tiga rumah kebajikan. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.