ARKIB : 17/07/2012
RM15 makan durian sepuasnya
BUKIT MERTAJAM 16 Julai - Hanya bayar RM15, orang ramai boleh menikmati durian sepuas-puasnya pada parti durian anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang di sini.
Parti sempena Karnival Keusahawanan 1Malaysia - 3F yang dianjurkan Jabatan Pengurusan Perniagaan, UiTM itu bertujuan untuk memberi peluang orang ramai menikmati durian yang dibawa khas dari Balik Pulau dan Batu Kurau, Perak.
Pengarah FAMA Wilayah Utara, Mohd. Radzi Muhammad Hanafian berkata, selain durian, terdapat juga beberapa buah-buahan lain seperti dokong, langsat, rambutan, manggis, cempedak dan nangka disediakan kepada pengunjung.
"Parti ini adalah acara tahunan yang dianjurkan FAMA dengan kerjasama penuntut UiTM dan diadakan serentak dengan karnival yang dianjurkan oleh pihak mereka.
"Kita berharap orang ramai mengambil peluang ini untuk menikmati raja buah itu sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM15 seorang," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Parti Durian Bersama Media di UiTM, kelmarin.
Hadir sama, Pengarah FAMA Pulau Pinang, Habibah Sulaiman.
Kata Mohd. Radzi, bagi memberi keselesaan kepada pengunjung untuk menikmati durian, sebanyak lapan tan metrik raja buah itu disediakan kepada mereka sepanjang empat hari program itu berlangsung dan akan berakhir 17 Julai dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Selain parti itu, banyak gerai jualan dan pameran disediakan kepada pengunjung, selain mereka juga boleh membeli buah-buahan yang dijual oleh usahawan bimbingan FAMA.
Maklumat bocor jejaskan nelayan
Sukan bendang erat perpaduan
SAR, sekolah pondok diperkasa
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Perkukuh perpaduan majukan Kedah
Raja Muda Perlis mahu rakyat 'celik' media
Projek 'misteri' Bukit Gambir
Pasar tani wajah baharu
Tingkat mutu perkhidmatan
Karnival Kahwin-Kahwin, Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013 kembali
Pejalan kaki penyumbang ketiga tertinggi kematian
Sokongan rakan bakar semangat guru OKU
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









