ARKIB : 17/07/2012
Jom makan buah tempatan
BALING 16 Julai - Musim buah kembali lagi. Bagi penduduk daerah ini, musim buah sememangnya sinonim dengan kehidupan mereka kerana Baling terkenal sebagai pengeluar pelbagai jenis buah-buahan tempatan khususnya durian, rambutan, manggis, nangka madu, langsat, cempedak, duku dan sebagainya.
Jika anda menyusuri jalan raya di Baling, pasti tidak akan terlepas melihat gerai penduduk tempatan menjual pelbagai jenis buah segar di kiri dan kanan bahu jalan.
Justeru, baru-baru ini Biro Pertanian dan Asas Tani UMNO Baling dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pertubuhan Peladang Baling menganjurkan program Pesta Buah-Jom Makan Buah-Buahan Tempatan di pekarangan pejabat Penyelaras Parlimen Baling.
Ia bertujuan memartabatkan buah-buahan tempatan berbanding buah import, di samping menyemarakkan lagi musim buah di daerah ini.
Kira-kira 5,000 buah pelbagai jenis dan juga lima tan durian disediakan percuma untuk dinikmati oleh orang ramai yang berpusu-pusu membanjiri kawasan tersebut mula pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.
Pengerusi Biro Pertanian UMNO Baling, Harun Aziz berkata, pesta buah itu juga melibatkan pertandingan buah baka kampung terbaik selain pertandingan gubahan dan rekaan buah yang terbuka kepada seluruh masyarakat kawasan itu.
Pertandingan itu, katanya, secara tidak langsung dapat mencari buah baka kampung yang terbaik untuk dipasarkan secara komersial di pasaran tempatan.
Menurutnya, program seumpama itu ternyata berjaya memberi kesan cukup besar kepada masyarakat setempat terutama pelancong luar yang datang ke daerah ini.
"Secara tidak langsung, pengunjung berpeluang merasai nikmat buah-buahan tempatan di Baling yang terkenal dengan keunikannya tersendiri.
"Contohnya, buah langsat Baling yang berbeza dengan buah langsat dari negeri lain. Buah langsat Baling lebih bulat dan mempunyai isi lebih pejal dan manis," katanya.
Sehubungan itu, pesta buah tersebut dapat membantu mengangkat nama buah-buah tempatan di daerah ini bukan sahaja di peringkat nasional tetapi antarabangsa.
"Baling bukan sahaja terkenal dengan sejarahnya, tetapi kita mahu Baling terkenal dengan buah-buahan tempatannya," katanya.
Sementara itu, Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, program tersebut ternyata dapat memartabatkan buah-buahan tempatan kepada pengunjung luar.
"Baling memang menjadi tumpuan pengunjung berikutan keunikan kolam air panasnya, selain tempat peranginan di Lata Bayu.
"Secara tidak langsung, program ini dapat memberi kesan kepada sektor pelancongan di daerah ini," katanya selepas merasmikan program yang merupakan acara tahunan itu.
Hampir 5,000 penduduk termasuk pelajar sekolah dan pengunjung dari luar daerah itu tidak melepaskan peluang menghadiri pesta buah itu bagi merasai buah-buahan tempatan segar yang disediakan penganjur.
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Perkukuh perpaduan majukan Kedah
Raja Muda Perlis mahu rakyat 'celik' media
Projek 'misteri' Bukit Gambir
Pasar tani wajah baharu
Tingkat mutu perkhidmatan
Karnival Kahwin-Kahwin, Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013 kembali
Pejalan kaki penyumbang ketiga tertinggi kematian
Sokongan rakan bakar semangat guru OKU
Selesa berniaga di pasar baharu
Pemandu terselamat nahas treler
Ismail Saffian dilantik CEO Yayasan Bina Upaya
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









