ARKIB : 17/07/2012
Sukan alat perpaduan negara - Najib
KUANTAN - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bidang sukan merupakan satu medium penting dalam menyatukan perpaduan masyarakat dan membentuk kejayaan sesebuah negara.
Perdana Menteri berkata, sukan juga boleh dibangunkan sebagai satu industri, memberi pulangan besar, sebagai tarikan pelancong serta mampu menaikkan semangat cintakan negara.
"Sukan juga menaikkan imej negara di persada antarabangsa dan rakyat perlu mengikis bidang itu sebagai tidak relevan atau tidak penting.
"Untuk menjadi warganegara aktif dalam sukan, ia merupakan satu ekosistem dengan disokong gaya hidup sihat, sekali gus melahirkan jaguh-jaguh sukan di persada antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menutup Sukan Malaysia (Sukma) XV yang bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan' di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Timbalannya, Datuk Razali Ibrahim dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Majlis penutup disaksikan lebih 40,000 penonton yang disajikan dengan kombinasi persembahan konsep moden dan tradisional.
Ia turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan kumpulan One Nation Emcee.
Tambah Najib, kejayaan para atlet negara di peringkat antarabangsa disambut dengan sokongan rakyat yang turut berbangga dengan pencapaian itu.
"Kita melihat jika ada atlet atau pasukan negara berjaya di peringkat serantau, seluruh negara akan beri sokongan padu dan wujud perasaan bangga dalam diri kita atas pencapaian itu," katanya.
Beliau memberitahu, konsep Sukma boleh diperluaskan ke akar umbi di peringkat daerah.
"Konsep ini perlu diteruskan dan jika ada kemampuan hendaklah dikendalikan di peringkat daerah supaya sukan itu akan menjalar ke akar umbi dalam masyarakat," jelasnya.
N. Sembilan kejutkan ATM
Khairy janji perangi bookie
Pandelela-Mun Yee sambar pingat perak lagi
Hoyer Presiden baharu BWF
Malaysia perlu elak diaibkan Taiwan
Zulfahmi petak ke-15 di Le Mans
Tugas berat menanti Khairy
KOM mahu jumpa menteri
Azammuddin selamatkan Pahang
T-Team rebah di kaki JDT
Sarawak kukuh teraju liga
Main guna otak - Rashid
Sepanduk '5-0' Ultras KL cetus tanda tanya
Hasrat bida hos Piala Dunia 2034 dibincang teliti - Khairy
Dollah cari formula jinakkan Lions
Thailand minat anjur Piala Dunia bersama Malaysia
Hilang tonggak punca tersingkir
6 pasukan dari 3 negara sertai Piala Futsal Red Bull
Pengalaman enam import mampu julang KLHC
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










