ARKIB : 17/07/2012
Syaidatul julang boling Perak
KUANTAN - Bintang boling Perak, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi memastikan dia kembali ke latihan skuad elit kebangsaan minggu ini dengan maruah yang tidak tercalar apabila meraih satu pingat emas pada hari terakhir acara boling Sukan Malaysia (Sukma) XV) di Megalanes Kuantan semalam.
Kontinjen Perak masih kempunan walau sebutir pingat sepanjang pertandingan sejak minggu lalu sebelum kilauan emas yang disumbangkan Syaidatul.
Gagal meraih sebarang pingat dalam lima acara sebelum itu, gadis berusia 20 tahun itu yang menjadi wakil tunggal Perak dalam acara akhir Masters, sedar dia harus melakukan sesuatu bagi menyelamatkan maruah sama ada diri mahupun pasukannya.
Ternyata dia tidak mengecewakan apabila menghayun mantap untuk menewaskan pemain tuan rumah, Faten Najihah Ahmad Faik 236-195 pada aksi penentuan pingat emas.
"Saya memberitahu diri sendiri bahawa saya tidak akan meninggalkan Sukma dalam keadaan memalukan dengan tangan kosong. Masters adalah peluang terakhir saya dan saya tidak sanggup kempunan lagi.
"Tetapi jelas hari ini (kelmarin) milik saya kerana dari awal sampai akhir, hampir setiap bola yang dilepaskan menjadi," katanya.
Sementara itu, Pahang terus ditimpa malang kerana pemain lelakinya, Johnathan Chan, turut kecundang pada halangan terakhir, tunduk kepada pemain berbakat Wilayah Persekutuan, Muhd. Rafiq Ismail 223-226, 181-216.
Berani buat berani tanggung
Shahidan perlu buat keputusan
Woodball acara baharu Sukma
Sarawak ke saingan Liga Super
Nicol mara, Wee Wern kecundang
Piala Sudirman: Malaysia tersingkir
Pulis tinggalkan Stoke
Indonesia jumpa China lagi
Lawan Jerman tanpa Koo-Tan?
Rekod bukan lagi jaminan
Indonesia mudah jinakkan India
Anuar janjikan emas jika tersenarai
Wee Wern sasar suku akhir Terbuka Britain
Kriket: Kota Kinabalu bersedia tonjol keperkasaan
Kita bakal miliki velodrom tertutup
Taiwan malukan Malaysia
Keyakinan menjunam, Boon Heong rela digugur
Malang timpa Zulfahmi di Le Mans
Tanpa Lin Dan, tiada masalah!
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










