ARKIB : 17/07/2012
Rakan sepasukan nafi Fatin bolot 4 emas
KUANTAN - Hajat Fatin Zakirah Jalany untuk menyapu bersih empat pingat emas acara gimrama individu tidak kesampaian apabila dihampakan oleh rakan sepasukan, Tai Qing Tong pada Sukan Malaysia (Sukma) XV di gimnasium SUKPA, semalam.
Walaupun bermula baik menguasai apparatus gelung, bola dan belantan, Fatin melakukan sedikit kesilapan dalam apparatus riben yang merupakan acara terakhir dan hanya mencatat 23.925 mata untuk sekadar pingat perak.
Qing Tong yang beraksi selepas itu mengambil kesempatan mempamerkan persembahan lebih baik untuk meraih emas terakhir Sukan XV selepas mencatat 24.25 mata dan Fatin terpaksa berpuas hati dengan tiga emas dan satu perak.
"Memang saya kecewa kerana gagal meraih keempat-empat pingat emas kerana kesilapan sendiri, riben terbelit pada kaki saya dan ia mengganggu pada aksi penamat lantas menjejaskan pungutan mata.
"Mungkin bukan nasib saya hari ini namun tidak mengapa kerana pingat emas tetap menjadi Wilayah Persekutuan, bukan negeri lain.
"Qing Tong adalah kawan karib saya, jadi saya tidak berasa ralat sangat walaupun impian meraih kesemua empat emas pada kejohanan terakhir Sukan Malaysia tidak kesampaian, " katanya.
Fatin seperti diramal ternyata sukar dicabar oleh mana-mana peserta dalam apparatus gelung apabila meraih 24.2 mata sebelum sekali lagi mempamerkan rentak konsisten pada apparatus bola dan belantan.
Wilayah Persekutuan mengesahkan status sebagai kuasa gimrama pada Sukma apabila meraih kesemua enam pingat emas yang dipertandingkan selepas mengungguli berpasukan dan individu apparatus keseluruhan.
Dilihat bakal menjadi pengganti bekas ratu gimrama, Elaine Koon, Fatin berhasrat menjadikan Sukan Komanwel 2014 sebagai matlamat utama.
"Selepas ini saya mungkin mengambil bahagian di Piala Aeon, Jepun pada Oktober nanti tetapi tarikhnya belum ditetapkan lagi, jika tidak terikat dengan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), saya akan pergi.
"Cita-cita tertinggi saya dalam masa terdekat ini adalah mahu mencipta kejayaan di Sukan Komanwel, dua tahun lagi," katanya.
N. Sembilan kejutkan ATM
Khairy janji perangi bookie
Pandelela-Mun Yee sambar pingat perak lagi
Hoyer Presiden baharu BWF
Malaysia perlu elak diaibkan Taiwan
Zulfahmi petak ke-15 di Le Mans
Tugas berat menanti Khairy
KOM mahu jumpa menteri
Azammuddin selamatkan Pahang
T-Team rebah di kaki JDT
Sarawak kukuh teraju liga
Main guna otak - Rashid
Sepanduk '5-0' Ultras KL cetus tanda tanya
Hasrat bida hos Piala Dunia 2034 dibincang teliti - Khairy
Dollah cari formula jinakkan Lions
Thailand minat anjur Piala Dunia bersama Malaysia
Hilang tonggak punca tersingkir
6 pasukan dari 3 negara sertai Piala Futsal Red Bull
Pengalaman enam import mampu julang KLHC
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










