ARKIB : 17/07/2012
Jumpa lagi Perlis 2014
KUANTAN - Selamat tinggal Pahang, jumpa lagi di Perlis 2014! Sukan Malaysia (Sukma) XV secara rasmi melabuhkan tirainya di Stadium Darul Makmur semalam, diiringi majlis penutup penuh gilang-gemilang.
Majlis penutupan berwarna-warni itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketibaan Najib disambut dengan satu aturcara majlis yang unik apabila beliau dijemput untuk berbasikal mengelilingi trek stadium.
Kemeriahan majlis tersebut begitu dirasai kerana disaksikan puluhan ribu rakyat Pahang yang mula mengisi tempat duduk stadium berkapasiti 40,000 penonton itu seawal pukul 6 petang.
Sukma XV berjaya melahirkan permata baru sukan negara seperti dua atlet angkat berat iaitu Abdul Mubin Rahim dari Terengganu dan Freancy Titus dari Kundasang, Sabah yang masing-masing mempamer angkatan luar biasa dengan melebur rekod kebangsaan.
Kecemerlangan itu melayakkan mereka dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukma XV dan menerima trofi dan cek RM1,000 daripada Perdana Menteri.
Selain dua atlet angkat berat berkenaan, beberapa atlet lain yang turut menonjol dan dilihat mampu digilap menjadi atlet bertaraf dunia termasuk Ummi Hamimah Mohammad (berbasikal), Nur Dhabitah Sabri (terjun), Kavee Alagan (lompat tinggi), Mohd. Wisnu Awaludin (menembak).
Pengiktirafan tertinggi juga wajar diberikan kepada kontinjen Terengganu, yang kian digeruni sebagai kuasa besar sukan negara, selepas mengekalkan gelaran juara keseluruhan sejak Sukma 2008 di negeri sendiri.
Kutipan 62 emas, 24 perak dan 31 gangsa adalah pencapaian terbaik buat kontinjen itu dalam sejarah Sukma sejak temasya sukan peringkat nasional itu mula dianjurkan pada 1986.
Biarpun berbasikal, memanah dan olahraga menjadi lubuk emas buat Terengganu, sumber kekuatan kontinjen negeri itu sebenarnya tidak terhad kerana negeri Pantai Timur itu berupaya mencuri emas dari pelbagai jenis sukan.
Pingat emas pertama temasya diraih atlet karate, Thor Chee Yee dari Pulau Pinang dalam acara kata individu manakala penghormatan emas ke-379 iaitu yang terakhir, menjadi milik atlet gimrama Wilayah Persekutuan Tai Qing Tong dalam apparatus riben.
Temasya sukan dwitahunan kali ini yang disifatkan amat berjaya disertai kira-kira 4,964 atlet dari 15 kontinjen, termasuk pasukan jemputan, Brunei.
Keyakinan menjunam, Boon Heong rela digugur
Malang timpa Zulfahmi di Le Mans
Tanpa Lin Dan, tiada masalah!
KLHC terlalu kebal buat TNB
Sentuhan Ridzuan bawa tuah
Hodak kecewa prestasi Kelantan
Azlan, Zamri cemerlang di Sentul
Piala Sudirman: Taiwan aibkan Malaysia di Bukit Jalil
Zulfahmi gagal tambah mata, terjatuh di Le Mans
Keputusan badminton Piala Sudirman 2013
Liga Super: Ditewaskan NS, ATM gagal pintas Lions XII
N. Sembilan kejutkan ATM
Khairy janji perangi bookie
Pandelela-Mun Yee sambar pingat perak lagi
Hoyer Presiden baharu BWF
Malaysia perlu elak diaibkan Taiwan
Zulfahmi petak ke-15 di Le Mans
Tugas berat menanti Khairy
KOM mahu jumpa menteri
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










