ARKIB : 17/07/2012
Siapkan 5B sebelum Ramadan
BULAN Syaaban kini semakin menghampiri penghujungnya. Ini bermakna tidak lama lagi umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa wajib di bulan Ramadan al-Mubarak. Justeru segala persiapan bagi menemuinya wajar dilakukan bagi merealisasikan nilai puasa tingkatan tinggi seperti yang diharap- harapkan. Adalah tidak molek jika bertahun-tahun dikurniakan nikmat bertemu Ramadan sedangkan kualiti puasanya tetap tidak berbeza.
Akhirnya setelah Ramadan sekali berlalu, tiada nilai takwa mahupun ganjaran setimpal berjaya diraih setelah bersusah payah berpuasa selama sebulan. Justeru, umat Islam diseru melakukan persiapan bagi menemui Ramada. Persiapan itu termasuklah;
Bersihkan zahir dan batin
Setiap Muslim disarankan menyucikan diri daripada kekotoran zahir dan batin. Ini dapat dilakukan dengan menghindari diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar selain berniat untuk memenuhkan Ramadan dengan segala amalan kebajikan. Begitu juga segala penyakit mazmumah yang boleh merosakkan ibadah hendaklah dijauhi. Sikap negatif seperti riak, sombong, takbur dan hasad dengki termasuk dalam kategori penyakit buruk yang perlu dijauhi.
Selain itu, amalan buruk berupa maksiat juga hendaklah dihindari sebagai persediaan mendidik jiwa dan rohani dengan sifat takwa kepada Allah SWT. Ia selari dengan pendidikan Ramadan yang terfokus kepada melawan runtunan hawa nafsu yang sentiasa mengintai peluang untuk merosakkan manusia dengan perlakuan negatif.
Bersedia untuk berbuat amal ibadah
Amalan biasa seperti berzikir, tadarus al- Quran, solat tarawih dan qiamullail patut disemarakkan lagi. Umat Islam diseru mengimarahkan surau dan masjid secara berjemaah dan berterusan sepanjang Ramadan agar beroleh ganjaran rahmat, pengampunan dosa dan pembebasan daripada api neraka. Di samping itu segala kegiatan harian hendaklah dipenuhi dengan perkara yang baik.
Elakkan membazirkan masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah seperti bersembang mahupun tidur seharian. Peruntukan juga sebahagian wang untuk bersedekah dan menyediakan juadah berbuka puasa. Ini termasuk membayar zakat fitrah bagi semua tanggungan jika memenuhi syarat diwajibkan. Kesemua ini jika dilakukan dengan ikhlas akan dibalas dengan ganjaran yang tidak ternilai di sisi Allah SWT.
Berpuasa dalam erti kata yang sebenar
Segelintir umat Islam menyangka bahawa berpuasa hanya menahan diri daripada makan dan minum bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari serta tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Namun sebenarnya pengertian puasa cukup luas. Selain makan dan minum seluruh anggota dan pancaindera juga berpuasa yakni berhenti daripada berbuat kemungkaran. Dalam masa sama segala kewajipan lain seperti solat lima waktu dan perintah menutup aurat tetap dikerjakan. Masyarakat Islam juga diseru menghindari mengumpat, mengeji orang lain kerana dikhuatiri mengurangkan pahala berpuasa.
Di samping itu pekerjaan seharian hendaklah diteruskan, kerana puasa tidak sepatutnya menjejaskan produktiviti dan kesungguhan bekerja. Ia juga termasuk aktiviti ibadah yang diberi pahala jika tidak melanggar ketetapan syariat. Baginda Nabi Muhammad SAW dan para sahabat sendiri sibuk berjuang menentang Musyrikin Mekah dalam Perang Badar al-Kubra di saat mereka sedang berpuasa dan beroleh kemenangan dalam peperangan itu.
Berjihad mencari lailatulqadar
Ramadan tiba setahun sekali, begitu juga malam lailatulqadar yang didambakan oleh setiap hamba yang beriman. Kesempatan yang sangat berharga ini tidak patut dipersiakan. Malah setiap individu Muslim perlu menanam azam untuk berjihad dengan bersungguh- sungguh bagi mencari malam kemuliaan itu seraya beroleh ganjaran yang tidak ternilai harganya. Inilah masa paling sesuai untuk semua yang merasa pernah berbuat dosa memohon keampunan dan bertaubat. Inilah saat segala doa dan permohonan sama ada bersifat duniawi dan ukhrawi akan diperkenankan lagi dimakbulkan oleh Allah SWT. Justeru Ramadan bukan masa untuk mencari pelbagai kuih-muih di Bazar Ramadan dan sibuk membuat persiapan Hari Raya.
Bersegera menyelesaikan hutang puasa
Bagi yang masih belum mengqada puasa yang ditinggalkan diharap bersegera berbuat demikian sebelum berakhirnya Syaaban.Jika tidak akan mendedahkan pelakunya kepada dosa yang dimurkai Allah SWT. Malah mereka tetap dipertanggungjawabkan untuk mengganti puasa dan membayar fidyah jika menjangkaui Ramadan tahun yang baru.
Selain itu, umat Islam turut digalakkan membersihkan kawasan sekitar rumah yang kemungkinan dipenuhi lalang dan sampah sarap bagi menyambut Ramadan. Kawasan dalaman rumah juga elok dihias dan dibersihkan. Begitu juga pakaian yang cantik disediakan dan dipakai menjelang ketibaan satu Ramadan.
Amalan seperti ini sangat bertepatan dengan perintah Allah SWT supaya pintu-pintu Syurga dibuka luas dan bahagian dalamannya dihias rapi dan cantik bagi menyambut Ramadan.
Akhirnya bergembiralah untuk bertemu Ramadan dengan niat untuk berbakti kepada Ilahi. Peluang ini belum tentu akan dinikmati pada masa hadapan kerana hanya individu terpilih diberi kesempatan tersebut.
Pengaruh internet terhadap pengguna Muslim
Naik, turun kos pengangkutan perlu situasi menang-menang
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Pemilihan MIC: Cabaran baru Palanivel
Angkasa pimpin gerakan koperasi di Malaysia
ISU-ISU AKHBAR CINA
Flashmob cabar tindak balas PDRM
Cabaran persepsi bagi generasi muda
Lihat, tafsir dan fikirkan...
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Promosi tagih umat Islam lariskan bisnes mereka
Rumah mampu milik jadi mahal?
Profesor jangan 'lepas tangan', suarakan 'political education'
Memperkasa gerakan koperasi
Jangan memperbodohkan diri sendiri
Antara keputusan dan harapan rakyat Kelantan
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
Kawalan kendiri dalam media baharu dan video parodi
Kukuhkan tadbir urus dan audit
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










