VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 17/07/2012

Apabila Khalid Salleh tulis buku.

BUKU politik tulisan Khalid Salleh, Melayu Hilang Di Dunia seharusnya dimiliki oleh semua yang menganggap mereka orang Melayu.

Kalau Hang Tuah berkata, Melayu tidak akan hilang di dunia, Khalid berkata sebaliknya. Ini kerana Khalid hidup pada zaman Melayu semakin hilang kemelayuannya.

Melihat kacau bilau politik Melayu sekarang ini, saya lebih mempercayai Khalid bahawa Melayu akan hilang di dunia. Tambahan pula buku ini ditulis oleh seorang yang tidak memihak kepada mana-mana fahaman politik. Kita tentunya sudah muak dengan buku-buku politik yang ditulis oleh mereka yang mempunyai kepentingan dalam politik.

Kita boleh sahaja mempertikaikan siapa Khalid Salleh yang berkata Melayu hilang di dunia. Sarjanakah dia? Orang politikkah dia? Atau diakah proksi bukan Melayu untuk melemahkan semangat orang Melayu?

Tetapi semua itu bukan Khalid. Dia seorang seniman yang mengutip pengalaman di gelandangan, mendengar keluh kesah marhaen yang barangkali tidak pernah terdengar oleh orang politik.

Khalid bukanlah seperti banyak artis kita sekarang yang terus mengembang seperti belon tetapi kosong.

Dunia seniman membawa Khalid peka dengan sosiopolitik dalam dan luar negara.

Sebabnya seniman itu pemikir orangnya. Bukan sahaja berfikir hal ehwal seni malah perihal manusia dan galur kehidupan mereka seluruhnya.

Menulis buku sama juga dengan menulis naskhah teater yang kedua-duanya bercakap soal bangsanya.

Soal politik dan dimangsakan politik untuk kepentingan orang politik. Cuma bezanya buku ini tidak dipersembahkan secara kreatif seperti banyak naskhah teater atau puisinya.

Khalid menerbitkan sendiri dan memasarkan sendiri menerusi facebook.

Buku ini adalah keresahan Khalid melihat perpecahan yang berlaku kepada orang Melayu. Mereka dipecahkan oleh fahaman politik dan "Melayu" dengan mudah menjadi bahan tawar menawar untuk membeli kuasa politik. Melayupun sedikit demi sedikit terpadam.

Bahasa Melayu yang dimartabatkan dalam Perlembagaan pun direlakan oleh orang Melayu supaya ditolak, inikan pula hal-hal yang tidak ada dalam Perlembagaan.

Khalid melontarkan provokasi supaya pemimpin politik Melayu memikirkan tentang kedudukan Melayu. Pada masa sama beliau gelisah kerana satu demi satu yang berkaitan Melayu ditolak secara beransur-ansur.

Buku ini memang rasis kalau kita melihat dari sudut Melayu dan bukan Melayu. Tetapi apa bezanya dengan perjuangan politik bukan Melayu yang menghimpit Melayu?

Buku Melayu Hilang Di Dunia ini perlu dibaca, sama ada setuju atau tidak adalah perkara kedua.

Sudut pandangan dan pemikiran Khalid boleh dikutip sebagai renungan setelah sekian lama kita dilekakan dengan pesan Hang Tuah, Melayu tidak akan hilang di dunia.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.