VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 17/07/2012

Integriti jamin kejayaan koperasi

Restoran Rakyat Satu Malaysia milik Koperasi Ukhwah di Medan Tuanku, Kuala Lumpur. - Gambar Hiasan

HARI Koperasi Negara 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah pun berakhir Ahad lalu. Namun, matlamat dan semangat program tersebut diharapkan tidak terhenti begitu sahaja.

Biarlah kesungguhan masyarakat dalam memahami kelebihan dan kepentingan seterusnya melibatkan diri dalam koperasi terus bersemarak.

Seruan agar masyarakat terutama orang Melayu menyertai koperasi sebenarnya telah lama disebut sebelum Perang Dunia Kedua lagi.

Novel Melati Kota Bharu karya Abdul Kadir Adabi (1901-1944) misalnya telah menggalakkan supaya orang Melayu menyertai "persatuan atau pertubuhan kerjasama" (iaitu koperasi dalam konteks hari ini) bagi mengukuhkan seterusnya meluaskan jaringan ekonomi Melayu serta memelihara kebajikan anak watan.

Hari ini, menyertai koperasi sebagai satu entiti sosio-ekonomi yang berpotensi banyak kelebihannya.

Antaranya, para anggota memperoleh pulangan dalam bentuk dividen daripada 6 hingga 10 peratus, kemudahan mendapatkan barang keperluan, mendapat rebat belian dengan syarat yang ditetapkan serta bantuan kebajikan.

Tidak kurang menariknya apabila koperasi dapat memasarkan barang ahli tanpa penglibatan orang tengah. Dengan ini, ahli dapat menjual barangan pada harga yang bersesuaian.

Tambahan pula, trend sekarang menyaksikan koperasi mulai cenderung terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan yang kompetitif selain usaha pihak kerajaan menggalakkan penggabungan koperasi untuk kekal berdaya saing.

Harapan untuk melihat koperasi terus berperanan sebagai penjana ekonomi negara kian cerah. Ini dapat dilihat apabila lebih 90 peratus daripada 9,000 koperasi yang berdaftar melaksanakan paling kurang satu aktiviti ekonomi bagi keperluan ahlinya.

Walaupun demikian, memaksimumkan keuntungan sehingga mengabaikan keutamaan menyediakan perkhidmatan kepada anggotanya bukanlah landasan bagi sesebuah koperasi yang amanah dan berjiwa besar.

Kepelbagaian koperasi daripada segi bentuk, kawasan operasi dan taburan anggota sebenarnya tetap memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

Taraf sosio-ekonomi komuniti terutama para anggota di kawasan desa misalnya dapat ditingkatkan dengan penyertaan aktif dalam koperasi.

Oleh itu, perjalanan koperasi dan usaha penambahbaikan tadbir urus koperasi wajar dilakukan dari semasa ke semasa selari dengan perubahan masa.

Kes penyelewengan atau campur tangan politik dalam koperasi yang wujud dalam segelintir koperasi tidak harus melenyapkan kepercayaan rakyat terhadap kerelevanan koperasi.

Anggota masyarakat juga perlu membetulkan niat dalam menyertai koperasi. Jika mentaliti mahu cepat kaya tanpa banyak berusaha merupakan hasrat yang terbuku di hati tidak hairanlah sikap tersebut membuka ruang kepada oportunis untuk menjadikan koperasi sebagai topeng supaya mereka boleh mengaut keuntungan di atas ketamakan kita yang mahu cepat kaya.

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pastinya memiliki mekanisme dalam menangani penyelewengan dalam gerakan koperasi di negara ini.

Namun, hanya dengan integriti yang tinggi di kalangan barisan lembaga dan ahli dapat memastikan jenayah pecah amanah dalam koperasi dapat diatasi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.