ARKIB : 17/07/2012
Kehijauan Balik Pulau makin lenyap
BALIK PULAU 16 Julai - Kerajaan DAP Pulau Pinang dibidas kerana terlalu rakus melaksanakan projek pembangunan di sini sehingga didakwa boleh menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow berkata, beliau dimaklumkan terdapat beberapa projek di kawasan tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri walaupun perkara-perkara teknikal dalam pelan pembangunan belum mendapat kelulusan daripada jabatan berkaitan.
Jelas beliau, sepatutnya sebelum satu-satu projek diluluskan, jabatan-jabatan berkaitan akan mengkaji pelan pembangunan pemaju dan mengemukakan alasan serta cadangan teknikal terhadap projek itu.
"Namun terdapat projek di Balik Pulau mendapat kelulusan tanpa menerusi proses kajian oleh jabatan-jabatan teknikal berkaitan," katanya selepas merasmikan program Semboyan Dibunyikan peringkat Parlimen Balik Pulau di sini semalam.
Dalam pada itu, Chang Yeow berkata, berbeza dengan kerajaan sekarang ini, BN memperkenalkan pelan rancangan pembangunan di sekitar Balik Pulau secara tersusun termasuk pembinaan kemudahan-kemudahan awam seperti institusi pendidikan, mahkamah dan balai polis.
"Malahan ketika saya menjawat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon juga bertekad mempertahankan alam sekitar di Balik Pulau dengan menjadikannya tempat pertanian dan memperlahankan pembangunan.
"Namun, Balik Pulau kini telah hilang rupa alam sekitarnya dan ia seumpama Kuala Lumpur," katanya.
Sahabat karib Anwar kecewa
'Henti dedah rahsia DAP' - Karpal Singh
Pengerusi DAP didesak henti ugut pihak tidak sealiran
Exco: Pas 4, PKR dan DAP 3
BN balas sokongan rakyat
Mahasiswa propembangkang dicabar tolak PTPTN
Soi Lek perlu berundur demi masa ‘depan’ MCA - Robert Phang
BN akan balas sokongan rakyat Kelantan - Mustapa
Pas Kelantan tolak konspirasi jatuhkan kerajaan cara kekerasan
Tunku Aziz akan terus buat pendedahan, sedia disaman
Karpal amaran Tunku Aziz henti dedah "rahsia" DAP
Segerakan pemilihan semula CEC
Kenapa DAP tidak mahu?
Jusuf Kalla patut pujuk Anwar berubat, bertaubat
Nasihat Nalla kepada Anwar
Ahli Parlimen DAP mohon maaf tuduh rakyat Malaysia pengundi asing
Karpal syor mansuhkan Dewan Negara
Khairy tidak sepatutnya bercakap bagi pihak Zahid - ZAM
Penyokong pembangkang cetus provokasi - Hamidah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









