VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 17/07/2012

Bau 'matikan' selera

Usah biarkan bau-bauan yang kurang menyenangkan penyebab kepada hubungan seksual anda terganggu. - Gambar hiasan

SEBELUM melakukan hubungan intim dengan pasangan anda di ranjang, pernahkah anda melakukan 'pemeriksaan' menyeluruh ke atas tubuh?

Sebagai pengemudi pasangan, anda memang telah bersedia memikat suami atau isteri anda dengan memakai baju tidur yang seksi, bergaya dengan aksi yang manja tup tup... oops... badan berbau.

Bau adalah perkara yang boleh menyebabkan hubungan intim mengalami kegagalan.

Meskipun ada yang mengatakan bau badan yang tidak menyenangkan perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan, ia sebenarnya antara penyumbang kepada masalah seksual suami isteri.

Ia boleh berpanjangan dan menjadi salah satu faktor punca perceraian.

Antara bau yang perlu dihindari apabila hendak melakukan hubungan intim ialah:

1Badan berbauJika mendapati badan memang sentiasa mengeluarkan bau yang amat memeritkan hidung setiap kali berpeluh akibat rembesan hormon yang berlebihan, anda perlu melakukan sesuatu untuk membendungnya.

Justeru perkara yang perlu dilakukan ialah menjaga kebersihan diri dengan sentiasa mengganti baju dan mandi dengan menggunakan sabun. Selepas itu pakailah baju yang bersih.

Jika ingin 'bersama ' pasangan, seelok-eloknya mandi terlebih dahulu kemudian semburlah wangian untuk bau lebih menyenangkan.

2Rambut berbauIni mungkin anda tidak perasan. Tetapi pasangan akan terbau rambut yang masam atau hapak apabila si dia ingin mengusapnya.

Justeru pastikan rambut disyampu dan kemaskan dengan perapi untuk menjadikannya lebih terurus dan berbau harum.

3Kaki berbauIni juga salah satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh pasangan. Janganlah lepas balik dari kerja, lemparkan kasut dan sarung kaki, terus memeluk pasangan anda di atas katil dengan bau kaki yang tidak menyenangkan.

Kaki berbau kerana ia sentiasa berkeadaan lembap, kurang bersih, berkuman dan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.

Basuh dan bersihkan kaki dahulu, pastikan ia kering dan tidak meninggalkan bau terpengap. Kalau boleh minta ubat atau petua yang boleh mengurangkan bau kaki.

4Ketiak berbauIni juga disebabkan oleh rembesan hormon pada individu menyebabkan tahap bau pada ketiak akan menjadi lebih dominan atau menonjol.

Sama ada berbau tengik, masam, perit dan sebagainya ia adalah bau semula jadi yang dihasilkan oleh badan.

Kadangkala ada pasangan yang gemar dengan bau ketiak pasangan masing-masing dan menjadikan ia satu kemuncak kepada keghairahan.

Namun sekiranya bau ketiak menjejaskan hubungan intim sesuatu perlu dilakukan. Antaranya dengan menggunakan pewangi ketiak, mahupun mencari petua yang boleh menghilangkan bauan tersebut.

Apa pun mandi selalu juga boleh membuatkan bau berkenaan semakin berkurangan.

5Nafas berbauIni juga perlu diambil perhatian. Nafas berbau disebabkan tidak menjaga kebersihan mulut, sisa makanan mahupun kerosakan gigi.

Gosok gigi, pakai pencuci mulut atau pewangi mulut sebelum anda bercumbu agar si dia tidak terasa mual dengan bau mulut anda.

6Alat sulit berbauIni yang paling penting. Alat sulit wanita memang memiliki bau yang tersendiri. Memang baunya agak tajam. Namun tidak perlu menyemburnya dengan wangian ditakuti dijangkiti kuman.

Alat sulit wanita akan berbau akibat penyakit keputihan, gatal-gatal dan bengkak di sekitar faraj kerana tempat ini adalah tersembunyi, lembap dan gelap.

Selalu jaga kebersihan alat sulit anda. Bagi suami isteri, bersihkan alat sulit terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan intim bagi mengelakkan bakteria.

Jangan terus tidur selepas melakukan hubungan intim, sebaiknya basuh dulu alat sulit selepas hubungan.

7Bersih tangan andaPastikan tangan anda sentiasa bersih dan mencucinya dengan cermat agar apabila pasangan ingin menciumnya tiada pula terbau bawang atau belacan.

8Cuping telinga, leher dan tengkuk

Ini juga penting, bersihkan, jangan sampai ada daki atau cebisan kulit mati padanya kerana pasangan anda akan memulakan adegan intimnya di bahagian ini untuk merangsang ghairah anda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.