ARKIB : 17/07/2012
Atur masa depan
SEHEBAT manapun kegigihan seorang wanita mengharungi kehidupannya, dia juga sebenarnya tidak mahu mengharungi perjalanan hidup yang getir dan penuh pancaroba. Begitu juga dengan Rita Rudaini.
Dengan perkahwinan empat tahun yang kini kian rapuh, aktres cantik itu menegaskan, sebagai seorang hamba Allah dia tidak mahu terus merintih dengan ketentuan ini kerana baginya Allah pasti lebih mengetahui akan segalanya.
"Mungkin dengan segala dugaan yang dilalui saya dihadiahkan pula dengan kebahagiaan.
"Dengan kehadiran anak-anak di sisi saya tahu saya perlu lebih kuat kini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem lakonannya berjudul Balistik, terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
Rita yang kini berusia 36 tahun percaya dia perlu melakukan sesuatu agar masa depan dia bersama anak-anaknya lebih terjamin.
"Dulu mungkin saya tidak memikirkannya. Namun kini setelah melihat apa yang berlaku, saya yakin saya perlu melalukan sesuatu.
"Saya tidak boleh mendedahkan dahulu perniagaan apa yang saya akan ceburi. Buat masa ini saya masih di dalam proses untuk merancang," katanya yang banyak belajar dari rakan-rakan artis yang lain seperti Rosyam Nor.
Menyentuh persiapan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, menurut Rita tiada apa yang berbeza cumanya dia membuat persiapan lebih awal.
"Memandangkan tahun ini saya membuat persiapan secara berseorangan jadi saya memilih untuk buat persiapan awal.
"Selalunya saban tahun saya memilih hanya untuk membuat baju kurung sahaja. Namun tahun ini entah mengapa saya sudah menempah empat helai baju raya," katanya yang akan menyambut hari raya di Perlis.
Saldana lebih selesa ramai rakan lelaki
Konsert 'Apo Kono Eh Jang' dibanjiri peminat
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Bukan sebab tak laku
Marsha buang keluarga?
Berhabis setengah juta demi P. Ramlee
Cinta & dakwah Aeril Zafrel
Hidup jangan ada tekanan - Umie Aida
Stubborn kekal ‘degil’ demi muzik
Ainul Aishah sibuk berniaga
Carbon Unplugged himpun band muda
Jaguh Olahraga
Teen Top sibuk konsert
Masih perlu belajar
DJ sekarang mesti lebih bagus
Mira Filzah tumpu pelajaran
Holly mahu kahwini Pasquale
Luna Maya masih berhubungan dengan Ariel
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









