ARKIB : 17/07/2012
Agungkan muzik luar?
KALAU mahu berbicara soal pilihan lagu di Malaysia, memang tidak akan ada penghujung kerana selera setiap individu berbeza.
Itu belum lagi dikira lambakan lagu yang terhasil daripada artis program realiti televisyen walaupun kadang kala ada yang terus tenggelam dan senyap.
Lupakan sebentar mengenai 'perjuangan' stesen televisyen dalam melahirkan artis berkualiti dan alihkan sedikit perhatian terhadap industri muzik bawah tanah (underground) yang kini turut mendapat tumpuan untuk diketengahkan.
Namun sejauh mana mereka diberi perhatian berbanding artis seberang yang dilihat lebih mampu memberi keuntungan kepada sesetengah pihak.
Apabila melibatkan soal perniagaan dan jual beli, tidak salah dikatakan bahawa kadangkala soal sakit hati sesetengah pihak harus ditolak tepi, yang penting ada untung.
Berpeluang membincangkan perkara itu bersama Ahmad Abdullah selaku Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) baru-baru ini, ia sedikit sebanyak membuka ruang mengenai situasi muzik tempatan sekarang.
Ahmad yang berpengalaman dan pernah merasai sendiri situasi dunia muzik indie, lebih suka menyifatkan perkara tersebut sebagai satu proses pembelajaran.
"Apa yang dapat belajar daripada yang saya pernah alami sendiri, sebenarnya anak-anak muda kita mampu menghasilkan sesuatu yang cukup berkualiti dan diterima ramai.
"Namun kadangkala ruang yang diberikan kepada mereka cukup sempit dan seperti tidak dihiraukan.
"Jika ada peluang dan ruang yang betul, saya rasa kita juga mampu mengukir nama sehebat artis luar. Tetapi kalau Hari Belia Malaysia pun kita jemput artis luar, di manakah standard pemuzik tanah air sendiri?
"Ketika kita sanjung tinggi muzik di luar tapi tengoklah sendiri hari ini, mereka sedikit pun tidak ambil kisah mengenai acara yang diadakan ini," katanya ketika ditemui di Festival Muzik Indie Kuala Lumpur 2012 yang diadakan di Istana Budaya baru-baru ini.
Jati diri
Selain berbicara mengenai peluang dan juga survival kumpulan indie yang semakin banyak ketika ini, Ahmad juga agak terkesan dengan masalah jati diri warga tempatan.
"Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menyokong produk yang dihasilkan oleh anak tempatan.
"Kita lihat sendiri rakyat Indonesia yang sememangnya menyokong produk mereka. Kita perlukan kekuatan yang sama bagi memastikan industri kita terus dikenali dan mampu pergi jauh.
"Malah penghasilan lagu dalam bahasa Melayu juga penting kerana ia adalah sasaran utama pasaran kita. Tak salah kalau nak buat lagu Inggeris tapi kena seimbang.
"Apa pun, pendedahan daripada media dan juga badan-badan korporat sebenarnya dapat membantu industri indie ini untuk terus dikenali," katanya sambil memberitahu sokongan daripada pihak kerajaan juga penting kerana golongan tersebut merupakan pelapis masa hadapan industri muzik tanah air.
Bagaimanapun Ahmad mengakui dia atau mana-mana pihak tidak kuasa dalam menentukan atau memaksa hala tuju peminat dalam memilih apa yang mereka ingin dengar.
"Saya hanya mengharapkan evolusi muzik di Malaysia akan terus berkembang dan dalam masa yang sama dapat melahirkan artis yang mampu mengharumkan nama negara ini.
"Sokongan orang ramai dan juga bantuan pihak tertentu juga pasti membantu untuk industri indie ini untuk terus melangkah ke arus perdana," jelasnya.
Nasib Afiq Muiz masih samar
Luah cinta dalam lirik
Setia bersama
'Belum rezeki kami'
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Kak Pah merindu!
Terkilan lagu Hijau diperguna
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









