VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 16/07/2012

Politik persepsi modal pembangkang

Himpunan Oren bagi membantah pengadaian aset Felda kepada pelabur asing di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Sabtu lalu lebih kepada usaha pembangkang untuk mewujudkan persepsi buruk rakyat terhadap usaha kerajaan BN . - utusan/IRWAN MAJID

Tiada sesiapa pun dapat menafikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan pelbagai langkah bagi tujuan bukan sahaja memperbaiki pengurusan negara tetapi juga meningkatkan taraf hidup rakyat.

Dalam perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan tiada mana-mana kelompok pun terpinggir daripada nenek di kampung hinggalah mahasiswa di menara gading, semuanya mendapat faedah.

Tetapi semua ini tidak mahu diakui oleh pembangkang, mereka resah gelisah dan bagaikan cacing kepanasan apabila usaha kerajaan semakin mendapat sokongan rakyat.

Slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dan laungan 1Malaysia, seolah-olah mimpi ngeri bagi pembangkang. Mereka menjadi semakin tertekan apabila Perdana Menteri muncul pula dengan program Janji Ditepati.

Semua ini meresah dan membimbangkan pembangkang kerana ketika mereka sedang bergelut dengan usaha meyakinkan rakyat, BN sudah jauh meninggalkan mereka.

Berbanding dengan 2008, pembangkang ketika itu begitu agresif menyerang kerajaan tetapi sekarang berada di posisi bertahan. Sebab itulah, ramai pemerhati politik melihat pembangkang terpaksa terus bergantung kepada politik persepsi kerana hanya itu sahaja satu-satu cara yang akan membolehkan mereka bertahan.

Mengulas perkara ini, penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, memberi dan membentuk persepsi buruk ke atas pihak lawan atau seteru politik adalah cara paling berkesan untuk merosakkan segala kebaikan dan sumbangan bermakna yang dilakukan.

Katanya, jika rakyat dan pengundi menerima baik segala dasar, pendekatan dan faedah-faedah besar yang telah dinikmati mereka hasil usaha kerajaan BN, tentulah ini merupakan satu malapetaka politik kepada pembangkang.

''Justeru, supaya rakyat atau orang ramai lupa akan kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan atau kebaikan tersebut mahu ditenggelamkan, maka cara paling buruk yang dapat dilakukan pembangkang ialah dengan memberikan persepsi buruk dan negatif kepada kerajaan di mata rakyat.

"Jadi, reka dan carilah apa sahaja yang dapat supaya perkara buruk yang dilihat dan diingati, bukannya kebaikan," katanya ketika dihubungi.

Berikutan itu kita tidak perlu terkejut apabila pembangkang mengadakan perhimpunan itu dan ini semata-mata mahu menarik perhatian rakyat. Begitu juga apabila mereka sengaja membangkitkan sesuatu isu berkaitan kerajaan.

Sama ada perhimpunan mahupun isu yang dibangkitkan, segalanya dilakukan untuk mewujudkan keraguan rakyat terhadap kepimpinan negara.

Pembangkang masih lagi begitu percaya bahawa politik persepsi akan menjadi senjata ampuh kepada mereka, biar pun situasi politik dan pentadbiran negara bukan lagi seperti tahun 2008.

Perhimpunan haram Bersih contohnya, ia dilakukan dengan matlamat untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya proses pilihan raya di negara ini tidak bersih. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buatlah apa sahaja, ia tetap tidak diterima oleh pembangkang.

Ia kerana pembangkang sudah tahu bahawa mereka berada dalam keadaan 'nazak' untuk mendapatkan sokongan rakyat, ia berikutan pelbagai masalah yang melanda mereka, oleh itu bagi menutupi kelemahan berkenaan. Mereka berusaha mewujudkan persepsi di kalangan rakyat bahawa jika pembangkang kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang ia bukan kerana mereka tetapi disebabkan manipulasikan kerajaan melalui SPR.

Begitu juga apabila pembangkang mengadakan Himpunan Oren pada Sabtu lalu, ia tiada mengena dengan soal kegagalan kerajaan BN menjaga kebajikan peneroka tetapi ia sebaliknya usaha politik Pas untuk meraih sokongan.

Pas sudah tahu penerokalah satu-satu kumpulan yang boleh mereka gunakan sebagai top up bagi menggantikan undi orang Melayu sama ada di bandar mahu desa yang Pas yakin pasti akan berkurangan kerana dasar dan arah tuju parti itu yang semakin bercelaru.

Selain mengadakan himpunan demi himpunan yang entah apa-apa, pembangkang juga melalui kumpulan strategik mereka akan menyerang individu-individu tertentu termasuklah Perdana Menteri.

Kumpulan ini menggambarkan seolah-olah mereka pembela rakyat sebenar tetapi hakikatnya mereka ini hanya berani membuat tohmahan kepada pemimpin BN sahaja.

Mereka tidak akan berani bersuara biar pun sepatah perkataan jika ada pemimpin pembangkang dikaitkan dengan sesuatu skandal atau penyelewengan biar pun dengan bukti yang nyata.

Namun begitu pembangkang mungkin boleh mengaburi penyokong tegar mereka tetapi bagi rakyat yang mahu berfikiran waras, mereka akan memahami helah politik pembangkang. Apatah lagi kerajaan telah menunjukkan ketelusan melalui pelbagai usaha penambahbaikan.

Apa sahaja yang dikeluhkan oleh rakyat termasuk pembangkang pasti mendapat perhatian kerajaan. Selagi kerajaan merasakan itu adalah suara rakyat maka segala desakan, pandangan dan permintaan akan diambil tindakan.

Tetapi pembangkang masih belum berpuas hati, mereka mencari apa sahaja ruang untuk mempertikaikan dan sekali gus memburuk-burukkan kerajaan BN.

Pembangkang akan menyerang kerajaan dengan persoalan-persoalan yang bukannya atas kebenaran tetapi semata-mata untuk mewujudkan persepsi buruk rakyat terhadap usaha kerajaan BN. Dalam soal ini, kata Mohamed Mustafa, BN dan kerajaan harus berupaya menangkis perkara ini.

''Ini kerana seringkali yang mudah dan lebih berkesan diingati ialah keburukan dan perkara negatif, bukannya kebaikan. Satu perkara negatif sudah cukup untuk tenggelamkan 10 kebaikan yang dilakukan. Inilah bahayanya persepsi negatif dalam arena politik," katanya.

Sememangnya dalam menghadapi politik persepsi ini, BN dan UMNO tidak boleh pandang mudah perkara ini.

Penerangan secara berterusan perlu diberikan kepada rakyat kerana apa yang dilakukan bukanlah semata-mata untuk survival politik politik itu sahaja sebaliknya demi bangsa, agama dan negara.

Ia disebabkan semua orang tahu bagaimana cara berpolitik PKR, DAP dan Pas yang sekarang ini begitu ghairah untuk menawan Putrajaya, itu sahaja!.

Oleh itu BN perlu bersedia menghadapi serangan politik persepsi yang dilakukan kerana itu sahaja modal pembangkang ada dalam memenuhi cita-cita politik mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.