ARKIB : 16/07/2012
UTHM juara Debat
PASUKAN Debat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bergelar juara setelah berjaya menewaskan tuan rumah Universiti Malaya (UM) pada Pertandingan Debat Alam Sekitar 2012 antara institusi pengajian tinggi (IPT) yang berlangsung baru-baru ini.
UTHM memperolehi kemenangan tersebut setelah melalui beberapa peringkat saringan yang melibatkan 27 pasukan dari IPT seluruh negara
Kejayaan tersebut menjadikan UTHM sebagai universiti teknikal pertama yang memecah benteng kejuaraan Debat Alam Sekitar sejak 20 tahun lalu.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Che Ab Rahim Nik.
Pasukan UTHM diwakili oleh Muhammad Hakim Zainal, Janifal Alifah, Lee Te Chuan dan Amirul Faiz Abdul Latif membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 beserta piala iringan dan sijil penyertaan.
Juara pertandingan juga diberi peluang mengendalikan Simulasi Pemanduan Kapalterbang secara eksklusif daripada Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS).
Pertandingan debat yang bertemakan Negara Maju Dalang Pemanasan Global telah menuntut setiap pasukan membuat persediaan rapi melalui pembacaan, kajian dan penghayatan terhadap isu tempatan dan antarabangsa.
Pasukan UTHM yang berdebat mewakili 'kerajaan' menyahut cabaran ini dengan membuat persediaan yang secukupnya sebelum menterjemahkannya dalam bentuk perbahasan kepada penonton.
Turut hadir pada Majlis Penutup dan Pertandingan Debat Alam Sekitar antara IPT yang berlangsung di Kompleks Perdanasiswa, UM ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UM, Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof; Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM, Profesor Dr. Amir Hashim Mohd Kassim.
Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Puan Halimah Hassan serta Setiausaha Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datin Junaidah Kamarrudin.
Pertandingan Debat Alam Sekitar yang menggunakan bahasa Melayu itu telah mencatat sejarah kerana tahun ini genap 20 tahun usia penganjurannya sekali gus menjadi pertandingan debat tertua di Malaysia dan paling mendapat sambutan daripada IPT seluruh negara.
Staf beriadah dengan Naib Canselor
Tingkat potensi diri dalam pasaran kerja
USM cipta dapur boleh cas telefon bimbit
Rahman terima anugerah UKM
Graduan cemerlang selesa mengajar di pedalaman
UTM B ungguli Pertandingan Robocon 2013
Jangan jadi kacang lupakan kulit
Apabila buku, perpustakaan jadi teman akrab
5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT
Anak pembantu pasar raya raih Anugerah Naib Canselor UiTM
Graduan Melayu jangan berasa selesa
UTeM tawan dua gunung Jawa
Selaras bidang pertanian
Pelajar UUM juara golf
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










