ARKIB : 16/07/2012
Muzik remaja KKSY
MENJANJIKAN genre muzik remaja masa kini, kumpulan pelajar yang menggelarkan diri mereka sebagai Kolej Komuniti Selayang (KKSY) Percussion yakin untuk tampil memperkenalkan irama muzik afro samba dan tradisional budaya 1Malaysia.
Keistimewaan kumpulan ini terletak pada kebolehan setiap anggota mencampuradukkan bunyi-bunyian percussion yang menjadi elemen utama muzik KKSY Percussion berkonsepkan muzik, tarian 1Malaysia dan nyanyian.
KKSY Percussion yang ditubuhkan pada 2011 diilhamkan oleh bekas Pengarah KKSY, Suriati Abdullah dianggotai 17 pelajar dan alumni KKSY melalui Program Latihan 1Malaysia di bawah bidang muzik anjuran Jabatan Kolej Komuniti.
Pada peringkat awal penubuhannya, anggota-anggota KKSY Percussion mendapay bimbingan dan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Kini kumpulan itu mampu bergerak sendiri dalam mengadakan persembahan-persembahan di peringkat kolej atau korporat.
Biarpun baru setahun ditubuhkan, KKSY Percussion telah berjaya mencipta embat buah lagu iaitu Whiteboard, Single Line, Raaga Samba dan lagu terbaru Heat The Beat.
Pengurus KKSY Percussion, Airene Abdullah berkata, penubuhan kumpulan itu untuk meningkatkan keyakinan diri di kalangan pelajar dalam memberi pendedahan tentang pengunaan peralatan muzik gendang.
"Dalam mendalami ilmu muzik percussion ini juga dapat meningkatkan pembangunan modal insan melalui tertubuhnya KKSY Percussion yang berteraskan kepada aspek disiplin dan kepimpinan kerana ia menyumbang nilai-nilai positif pelajar.
"Secara dasarnya juga ia dapat memberi satu kesimpulan iaitu kursus kokurikulum muzik berjaya mengasah bakat pelajar dalam bidang kesenian selain memberi peluang terbaik kepada pelajar KKSY untuk mengasah bakat melalui aktiviti kokurikulum," katanya.
Menurut Airene, KKSY Percussion mengetengahkan alatan muzik tradisional dan moden seperti gJidur, Snare Drum, Cymbal, Gendang Cina, Djembe, Dhol, Conga, Bongo, Chimes Bar, Cajon, Kompang, Rebana, Doumbek, Dholak, Nal Tabla, Tambourine, Maracas dan Chocalho.
Berkongsi keistimewaan KKSY Percussion menurut Airene, gabungan alunan alatan muzik memberi peluang kepada mereka untuk menyampaikan setiap lagu mereka secara langsung tanpa menggunakan sebarang alat pembesar bunyi untuk memberi lebih kepuasan kepada pendengar.
Selain itu katanya, mereka juga membuat formasi gerakan tarian 1Malaysia sepanjang persembahan yang dilihat mampu memberi aura kepada setiap kemunculan mereka.
Sebarang pertanyaan mengenai KKSY Percussion boleh menghubungi di talian 012-9099950.
Apabila buku, perpustakaan jadi teman akrab
5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT
Anak pembantu pasar raya raih Anugerah Naib Canselor UiTM
Graduan Melayu jangan berasa selesa
UTeM tawan dua gunung Jawa
Selaras bidang pertanian
Pelajar UUM juara golf
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Hargai wira
MoU dengan lima IPT
Maxis taja biasiswa MSEA
Berat badan turun sambil bekerja
Program baru UMP
Anugerah diraja
Misi 100 jam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









