ARKIB : 16/07/2012
Pelajar asrama teruk dibelasah 18 orang
IPOH 15 Julai - Hanya kerana disyaki mencuri wang tunai RM100 milik seorang pelajar lain, seorang pelajar Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah di Kampung Gajah teruk dibelasah tanpa belas kasihan oleh kira-kira 18 pelajar lain semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Fareez Akmar Mustapa, 16, pelajar tingkatan empat sekolah agama berasrama penuh tersebut bukan sahaja ditumbuk dan diterajang, malah, dibelasah dengan batang penyapu oleh kumpulan pelajar yang menyerangnya.
Akibat kejadian itu, mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik lebam dan bengkak di seluruh badan serta muka.
Menceritakan kejadian tersebut, Muhammad Fareez Akmar berkata, insiden berlaku semasa dia berada di dalam bilik asramanya sebelum seorang pelajar datang dan menyuruhnya ke sebuah bilik asrama lain.
"Sebaik sahaja sampai di bilik itu, saya nampak ada lima pelajar lelaki menunggu. Seorang daripada mereka bertanya jika saya ada mencuri duit pelajar lain.
"Saya jawab tidak, lalu mereka terus menarik dan memukul saya selama kira-kira setengah jam. Mereka kemudian membawa saya ke sebuah bilik asrama lain dan di sana pula lebih 10 pelajar lelaki menunggu," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Gugusan Manjoi di sini hari ini.
Menurut Muhammad Fareez Akmar, dia sekali lagi dipukul oleh semua pelajar di situ selepas enggan mengaku mencuri duit.
"Semua pelajar berkenaan memukul saya di seluruh badan. Ada antara mereka menggunakan batang penyapu dan berlarutan sehingga pukul 5 pagi," katanya sambil menegaskan tidak mencuri duit pelajar berkenaan.
Muhammad Fareez Akmar memberitahu, kira-kira pukul 2 petang, dia menghubungi ibunya, Azian Ismail, 40, dan mereka kemudian membuat laporan di Balai Polis Kampung Gajah, petang semalam.
Sementara itu, Azian mahu pihak sekolah mengambil tindakan tegas terhadap semua pelajar yang terlibat memukul anaknya itu dan turut menegaskan dia akan mengambil tindakan mahkamah.
Dia juga kesal kerana para pelajar bertindak memukul anaknya hanya kerana mengesyaki mencuri wang seorang pelajar sekolah itu.
"Saya ada bertanya pelajar berkenaan sama ada dia nampak anak saya mencuri wang dia tetapi dia cakap hanya syak. Saya tanya kenapa syak anak saya dan dia jawab syak sahaja.
"Anak saya tidak curi wang pelajar itu kerana saya ada masukkan wang tunai RM100 ke dalam akaun bank anak saya. Dia ada keluarkan RM50, kalau tidak percaya boleh periksa dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Kampung Gajah," ujarnya.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supritendan Mohamad Fakri Che Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan polis akan mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak sekolah esok.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
habis
Polis terus buru suspek kes kelar leher pemuda
Adam Adli ditahan di bawah Akta Hasutan
Wanita mati dipercayai dipukul suami
Naluri ibu selamatkan anaknya daripada kebakaran
Anggota penguatkuasa MPPP samun kedai 24 jam
Suami isteri dalang kegiatan pecah rumah ditahan
Suspek kes tembak kastam bebas atas jaminan polis
Pemuda diserang mati dikelar
2 maut kereta bertembung van
Polis nafi dakwaan tidak ambil tindakan kes pukul penjaja
20 GRO jaja minuman keras ditahan
Dua sahabat maut dalam kemalangan kereta, van
Pemuda mati dikelar leher dalam pergaduhan
3 lelaki serang penjaja ketika kempen diambil keterangan
Dakwaan rasis: Penganjur wacana dipanggil beri keterangan
SPR lapor polis tuduhan pembangkang
Ditembak lelaki berkain pelikat
Laporan DNA kes bunuh Cinang Isnin
Polis rampas syabu RM6.3 juta
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









