ARKIB : 15/07/2012
Pekebun kecil harus sayangi RISDA
MELAKA 14 Julai - Pekebun-pekebun kecil getah di seluruh negara diminta menghargai jasa bekas-bekas pemimpin dan mengiktiraf laluan sejarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sejak diwujudkan 40 tahun lalu.
Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, kewujudan RISDA adalah semata-mata untuk memperjuangkan untung nasib pekebun kecil dari segi mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup mereka.
Menurutnya, sebelum kewujudan RISDA, taraf ekonomi pekebun kecil amat daif selain dibelenggu kemiskinan serta jahil dari segi ilmu hingga mereka tidak mendapat perhatian sewajarnya.
''Tetapi sekarang dengan penglibatan 350,000 pekebun kecil di seluruh negara atas inisiatif pemimpin-pemimpin terdahulu mewujudkan RISDA, kita dapat lihat taraf kehidupan mereka jauh berbeza.
''Saya juga ingin melihat pekebun kecil sentiasa mengingati perjuangan yang telah dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin lalu di mana mereka telah merasai nikmat dan rahmat bertunjangkan apa yang telah dikorbankan dan perjuangkan untuk membela nasib mereka.
''Mereka jangan terlalu emosional hingga lupa jasa-jasa yang telah dikorbankan sehingga ada yang terpengaruh dengan dakyah dan fitnah oleh sesetengah pihak yang cuba merosakkan kejayaan yang dicapai oleh RISDA," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Kasihi Pekebun peringkat negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah RISDA, Dato' Wan Mohamad Zuki Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Mohamat Muda, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat), Ahmad Sufi Alias dan Pengarah RISDA negeri, Awiskarni Zukarnaini.
Sehubungan itu, Rahim berkata, melalui program Kasihi Pekebun yang telah dilancarkan ke seluruh negara, ia menjadi sebahagian daripada usaha mengeratkan hubungan kekeluargaan antara pekebun kecil dan pegawai RISDA di semua peringkat.
Lebih penting lagi, kata beliau, program itu juga ingin melihat pekebun kecil insaf dan menghargai jasa yang telah dicurahkan kerana tanpa pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu tidak mungkin mereka mampu mencapai kehidupan selesa.
''Apa yang saya harapkan ialah pekebun kecil ada kesedaran untuk menyayangi RISDA dengan melaksanakan garis panduan yang diberikan sebagai asas penting merubah kehidupan mereka.
"Sektor pekebun kecil perlu bergerak seiring dengan arus pembangunan ekonomi negara bagi merealisasikan hasrat Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Peralihan ini memerlukan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi secara berterusan di setiap peringkat," katanya.
Menurutnya, kerajaan tidak mahu ada pekebun kecil yang tertinggal daripada arus pemodenan negara kerana mereka layak untuk menikmati faedah yang disalurkan.
Justeru, kata beliau, pelbagai program yang dianjurkan bertujuan untuk merapatkan hubungan kerajaan dengan pekebun kecil seperti gerakan membaja melibatkan pemimpin masyarakat dan program tanam semula.
Rahim menambah, RISDA berusaha gigih meningkatkan pendapatan pekebun kecil dengan mensasarkan kepada peningkatan produktiviti melalui pelbagai program yang disusun.
Ujarnya, menjelang tahun 2020, RISDA mensasarkan pendapatan setiap pekebun kecil mencecah hingga RM4,000 sebulan.
''Saya amat berharap program Kasihi Pekebun akan mencetuskan satu fenomena dalam kalangan masyarakat pekebun kecil dengan wujudnya budaya kasih sayang antara mereka dengan pegawai RISDA," ujarnya.
Pelbagai pihak sokong kenyataan Ahmad Zahid
Fokus kepada negeri dimenangi, bukan sibuk buat perhimpunan haram
MB arah pembalakan dihentikan
Pendidikan seimbang jadikan Malaysia hebat
RCI tangani isu PATI di Sabah
Veteran UMNO boikot AirAsia, AirAsia X
7 pendaki Everest-Felda tiba di Kem 2
640% kontraktor kelas F disenarai hitam - SPNB
Muzium wajar dilawati lebih kerap
RHB Bank bantu 10 badan kebajikan
Sambutan 100 tahun Prep School
Wahid yakin keupayaan bakal CEO baru Maybank
Lepasan Mara penuhi pasaran kerja
Ustaz Kazim jadi tarikan
Bantu NGO kucing
Perkim kaji semula perlembagaannya
Jangan percaya harga barang naik
Bekalan air kurang, kapasiti pengeluaran capai maksimum
Kenaikan harga barang hanya dakyah pembangkang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









