VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 15/07/2012

Cabaran ibu anak autisme

HIDAYATI bersama anaknya, Hafiz Izzuddin yang menghidap autisme ketika ditemui di Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) di sini, baru-baru ini.

HEBATNYA kesabaran dan ketabahan pasangan ibu bapa dalam membesarkan seorang anak yang mengalami kecacatan neurologi seperti autisme.

Membesarkan mereka bukan perkara mudah apa lagi dalam menyediakan mereka untuk serasi menerima dunia luar yang dianggap 'merbahaya' buat mereka.

Lagi hebat tahap kekuatan jiwanya apabila menguruskan bukan seorang, tetapi dua orang anak yang disahkan sebagai autisme sejak dari kecil lagi.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bukan calang-calang orang dapat berdepan dengan dugaan dunia sedemikian.

Namun atas kesabaran itu jugalah Hidayati Basri, 45, bersama suami berjaya membesarkan kedua-dua orang anak lelakinya itu sehingga mampu untuk memasuki ke sekolah biasa malah cemerlang dalam pelajaran mereka.

Anak pertamanya, Khairul Hazim Zainudin kini berada di Tingkatan Empat manakala Hafiz Izuddin berusia 12 tahun dan kedua-duanya disahkan menghidap autisme iaitu sindrom Asperger sejak kecil.

Tidak keterlaluan menyatakan anak-anak Hidayati ini cemerlang di alam persekolahan di sebalik kekurangan mereka apabila Haziq berjaya mendapat 6A dan 2B manakala si adik turut membanggakan keluarga dengan keputusan peperiksaan yang memberangsangkan.

Cerita Hidayati, sukar menggambarkan perasaannya di saat awal dia disahkan doktor yang sesuatu tidak kena dengan anaknya itu.

Akuinya, dia tidaklah setabah mana pada awalnya. Pernah dia mempersoalkan diri apa silapnya sehingga diduga sebegitu.

"Saya perasan Hazim tidak sama seperti anak orang lain apabila dia lambat berjalan dan bercakap malah lebih gemar bermain bersendirian ketika kecil.

"Hati ibu mana yang tidak celaru bila anak kecilnya disahkan doktor tidak seperti kanak-kanak lain lalu saya mula mempersoal diri saya mungkin ada silap yang saya lakukan sepanjang mengandungkan dia.

"Namun kemudian saya mula terima keadaan dia dan apa yang saya lakukan salah. Bukan punca yang perlu dicari tetapi sebagai ibu bapa kita perlu mencari jalan membantu anak kita.

"Sewaktu Hazim disahkan autisme, kesedaran tentang keadaan tersebut amat kurang dan susah mendapatkan maklumat berbanding sekarang," ceritanya ketika ditemui di Persatuan Kebangsaan Autism Malaysia (NASOM) di sini, baru-baru ini.

Sambung, Hidayati, antara cabaran yang dihadapinya ialah dalam berdepan dengan tanggapan masyarakat seperti dari jiran dan keluarganya.

Bagi mereka yang tidak tahu, mereka akan menyalahkan dirinya konon tidak pandai menjaga anaknya apabila mereka menangis atau menjerit secara tiba-tiba.

Malah, mendapatkan pendidikan yang baik untuk anak mereka turut menjadi masalah. Anak-anak Hidayati tidak mempunyai masalah pelajaran, cuma skil sosial yang kurang.

Pernah memasukkan anaknya ke dalam kepas pendidikan khas, jelas Hidayati, guru kelas tersebut ketika itu kurang pendedahan bagaimana untuk menguruskan kanak-kanak autisme berbanding sindrom Down.

Mereka lebih memahami sesuatu subjek dengan bantuan visual.

"Kanak-kanak autisme ini berbeza. Ada yang sangat aktif, ada yang sangat sensitif kepadda persekitaran seperti bunyi bising, berbeza dengan sindrom Down.

"Kira-kira RM1,500 dikeluarkan untuk seorang bagi kos pembelajaran mereka iaitu kelas dan guru khas di NASOM serta tuisyen.

"Bukan berniat untuk memanjakan mereka tetapi mereka diberikan tuisyen khas secara berseorangan kerana tidak mampu fokus apabila ramai orang.

"Bayangkan apa yang ibu bapa perlu berdepan untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.

"Saya berharap suatu hari nanti kerajaan dapat menyediakan sebuah sekolah khas seperti yang disediakan NASOM bagi meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan," ujarnya.

Terangnya, kedua-dua anaknya merupakan sindrom Asperger dimana mereka nampak seperti kanak-kanak normal tetapi sebenarnya penghidap autisme.

Mereka dibenarkan menyertai persekolahan seperti kanak-kanak biasa tetapi perlu ditemani oleh seorang guru khas iaitu guru berdamping seperti yang disediakan oleh NASOM bagi menguruskan mereka terutamanya dalam membina skil sosial.

Guru berdamping diperlukan bagi memastikan tiada yang buli dan dalam masa yang sama bagi membina kesedaran pelajar-pelajar lain apa yang dihidapi mereka.

Kesedaran awalCerita Hidayati, ibu bapa zaman sekarang lebih beruntung kerana pelbagai maklumat boleh didapati berkaitan autisme terutamanya sindrom Asperger.

Apa yang penting katanya, ibu bapa perlu peka dengan tumbesaran anak mereka. Pelbagai tanda awal boleh dikesan jika anak mereka menghidapi autisme.

Antaranya ialah kanak-kanak tersebut tidak suka memandang kembali ke arah mata, tidak suka memberi respons bila dipanggil, tidak suka bergaul dengan kanak-kanak lain dan adakalanya mereka boleh menjadi hiperaktif.

"Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah terima keadaan anak mereka dan cari bantuan yang diperlukan.

"Apa yang penting campur tangan awal perlu dilakukan. Segera rujuk kepada yang pakar jika anak-anak anda berdepan dengan masalah tersebut.

"Enam tahun pertama merupakan saat yang genting. ibu bapa perlu tabah demi memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.

"Jangan malu dengan keadaan anak anda. Cari bantuan untuk berkongsi perasaan seperti menyertai Facebook Autisme Malaysia dimana mereka semua amat membantu.

"Apabila pakar telah mengesahkan keadaan kanak-kanak tersebut, segera mendaftar OKU dengan kerajaan untuk statistik kerana dari situ baru kerajaan dapat melihat realiti ramainya kanak-kanak yang berdepan dengan masalah autistik," ujarnya yang sentiasa optimis dengan hidupnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.