ARKIB : 14/07/2012
Gay kembali panaskan trek
WASHINGTON - Kecederaan otot paha yang dialami Tyson Gay menyaksikan impiannya bersaing dalam Sukan Olimpik 2008 berkecai.
Kini, bekas juara dunia itu mengesahkan kedatangannya ke Sukan Olimpik London selepas memerlukan hampir setahun untuk pulih daripada pembedahan pinggul kanannya.
Gay bakal menerima saingan daripada dua bintang Jamaica, Yohan Blake dan juara Olimpik, Usain Bolt serta rakan sepasukan daripada Amerika Syarikat (AS), Justin Gatlin dalam saingan 100 meter lelaki, dengan harapan dapat memenangi pingat pada acara akhir yang berlangsung empat hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-30 tahun.
"Ia bakal menjadi saingan yang sengit. Kebanyakan pelari ini amat tajam dan mencatat rekod yang hebat. Saya akan cuba untuk bersaing dengan mereka.
"Saya dapat merasakan peluang saya amat baik. Kekal sihat, ia sasaran utama yang perlu dilakukan sekarang," kata Gay.
Gay memenangi gelaran 100m dan 200m pada 2007 dan merupakan calon kegemaran pada Olimpik Beijing 2008 sebelum mengalami kecederaan otot paha sewaktu menyertai ujian Olimpik AS yang menyebabkan dia tersingkir pada separuh akhir pada temasya tersebut.
Gay muncul pelari kedua terpantas di belakang Bolt dalam saingan 100m di Shanghai dengan catatan rekod, 9.86 saat pada 2009, tahun sama dia menamatkan larian di kedudukan kedua di Berlin dengan masa 9.71s sementara Bolt memecah rekod dunia dengan catatan 9.58s.
Pada 2010, Gay berjaya mengetepikan cabaran juara Olimpik, Bolt yang buat pertama kali kalah dalam tempoh dua tahun untuk dimahkotakan sebagai juara 100m di Liga Diamond.
Namun, pada 2011 Gay terpaksa menjalani pembedahan pinggul bagi mengatasi beberapa masalah kronik yang dialaminya. Sewaktu menjalani pemulihan, peluang Gay untuk berlari semula di peringat dunia amat diragui.
"Proses penyembuhan saya amat perlahan. Keadaan saya ketika itu amat diragui. Saya cuba untuk menyesuaikan diri. Saya gagal untuk berlari seperti biasa sehingga Mac lepas," kata Gay.
Gay melakukan kemunculan semula dalam saingan kompetitif selepas berehat panjang selama 50 minggu pada 9 Jun di kejohanan Liga Diamond di New York, dia menang dengan catatan masa 10.00s.
"Buat pertama kali setelah sekian lama berehat, catatan yang dilakukan tidak seburuk mana. Saya tidak berasa kesakitan. Keadaan saya amat bagus," kata Gay. - AFP
Positif dadah: Pelari Jamaica dilarang sertai kejohanan
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Iran, Korea layak ke Piala Dunia tahun depan
Australia iringi Jepun ke Brazil
Brazil ketepi dendam jumpa Mexico
Guardiola sesuai untuk generasi baru Bayern
Koscielny setia bersama Arsenal tolak Barca, Bayern
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Australia layak ke Piala Dunia 2014
Tulisan tangan Fergie dilelong
Nigeria belasah Tahiti 6-1
Balotelli julang Itali
Del Bosque gesa Sepanyol ledak lebih banyak gol
Korea perlu seri untuk layak
Rose juara penuh emosi
Sepanyol kalahkan Uruguay 2-1
Habsyah ketuai kemaraan ke playoff Piala Dunia
Lorenzo juara GP Catalunya
Balotelli bantu Itali atasi Mexico
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











