ARKIB : 13/07/2012
Tawar harga rumah tinggi
SHAH ALAM 12 Julai - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mempertahankan langkah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menetapkan harga rumah yang terlalu tinggi di negeri ini.
Abdul Khalid berkata, penetapan harga bagi projek perumahan oleh PKNS berdasarkan pasaran bagi membolehkan anak syarikat kerajaan negeri itu mendapatkan keuntungan.
"Kenapa syarikat swasta dapat jual (harga mengikut pasaran) tetapi PKNS tidak boleh. Bila bersaing, nilai hartanah ditentukan oleh harga pasaran.
"Apabila PKNS buat, ada diskaun yang melampau. Biarlah ikut harga pasaran, PKNS jual RM1 juta, ada juga pembeli," katanya ketika menjawab soalan tambahan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) mengenai harga perumahan yang ditawarkan PKNS di Shah Alam adalah terlalu tinggi.
Sambil memberikan contoh, Sulaiman menyatakan harga rumah berkembar dijual lebih RM1.2 juta manakala rumah teres ditawarkan melebihi dari RM400,000.
Jelas Sulaiman, sekiranya PKNS menjadi pemaju kepada projek perumahan berkenaan, harga tersebut sepatutnya boleh dikawal untuk manfaat rakyat negeri ini.
Bagaimanapun, mengulas lanjut mengenai perkara itu, Abdul Khalid memberitahu, keuntungan yang diperoleh PKNS dalam penjualan mengikut harga pasaran itu boleh dialirkan untuk pembangunan perumahan rakyat di negeri ini.
"Itu sebab dah 40 tahun, keuntungan PKNS dan hasil tidak seberapa. Kita juga ada program peruntukan untuk keuntungan ini, kita guna untuk projek tertentu," jelasnya.
Terdahulu, Abdul Khalid ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Sulaiman mengenai status pembangunan tanah di kawasan Padang PKNS di Kelana Jaya berkata, kebenaran merancang pembangunan itu telah ditolak Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Katanya, penolakan itu dibuat kerana cadangan pembangunan tersebut tidak selaras dengan laporan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2.
Tengku Azuan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan
MPK adakan kempen hormati pejalan kaki
Syabas hargai 30 pelanggan prihatin paip pecah, bocor
Tingkat mutu kerja demi PDRM
Terowong jadi 'tasik'
Mahu KL selesa, bersih didiami
Penduduk terasa 'kehilangan' Nong Chik
Lagi 5,000 unit rumah mampu milik akan dibina
Jalan rosak di Setiawangsa akan diselesai segera
Bekas anggota tentera diseru jadi ahli PBTM
Jaminan nasib terbela
Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi
Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL
UNDANG BAHAYA
Penganjur naikkan sewa RM1,000
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









