ARKIB : 13/07/2012
Hamper setulus hati
cenderahati atau hadiah yang digubah cantik cukup untuk membayangkan bahawa ia pemberian dari hati yang tulus ikhlas.
Isinya juga tidak semestinya barangan mahal, malah sekadar kuih-kuih tradisional yang diisi dalam bakul rotan bersama kerongsang atau butang baju Melayu sudah cukup bermakna.
Prinsip yang sama ditatang pemilik Ilham Alid Flower Touch di Klang Selangor, Khalid Talib, ketika menghasilkan gubahan-gubahan cenderahati dan hamper.
Beliau sememangnya sudah lama berkecimpung dalam bidang gubah-menggubah barangan seperti hamper khusus untuk dijadikan hadiah mahupun cenderahati.
Menurut beliau, permintaan tinggi selalunya diterima pada permulaan bulan puasa sehingga menjelang hari raya serta tempah oleh pejabat-pejabat kerajaan atau swasta untuk sesuatu majlis.
Apa yang istimewanya gubahan daripada Khalid, beliau menggubah mengikut kreativiti dan kepakarannya sendiri yang dilihat sungguh unik dan menarik.
Hamper yang mahu digubah selalunya mengikut kehendak pelanggan tetapi adakalanya mereka akan memberi sepenuh kepercayaan kepada Khalid untuk melakukan tugas menggubah hamper.
Khalid berkata, hamper yang dihasilkan adalah mengikut harga dan saiz serta isi di dalam hamper tersebut.
Antara harga yang ditawarkan ialah RM30 hingga RM450 untuk setiap satu hamper bergantung kepada isi balang kuih dan kreativiti gubahan.
Tambahnya, kuih atau biskut yang sering diletakkan sebagai isi dalaman hamper ialah tat nanas, biskut mazola dan sebagainya, termasuk atas permintaan pelanggan.
Bagi yang berminat untuk menempah atau memerlukan keterangan lanjut mengenai gubahan dan harga, boleh menghubungi Khalid Talib di talian 012-6204958.
'Nyaris saya dimadu kerana zuriat lelaki'
Cabaran berniaga makanan
Kicap penyedap makanan
Berhati-hati jika anda orang ketiga
'Bahtera' berantakan salah siapa?
Apabila benang, jarum bertemu
Nur Sarah lawan leukemia
Pakaian comel untuk bayi
Cabaran jadi suri rumah
Guna produk solekan halal
Tipu kerana nak kahwin
Percumakah kehidupan kita?
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









