ARKIB : 11/07/2012
IOC sokong Coca-Cola, McDonald's
BERLIN - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) semalam menyatakan sokongannya terhadap penaja Sukan Olimpik, Coca-Cola dan McDonald's, hanya sehari selepas Presiden Jacques Rogge (gambar) dipetik berkata, perjanjian mereka dengan syarikat minuman dan makanan tersebut 'menimbulkan persoalan' kerana kebimbangan badan itu terhadap isu obesiti global.
"Saya ingin membuat penjelasan mengenai komen-komen saya yang keluar dalam laporan media berkenaan Coca-Cola dan McDonald's sebagai penaja Olimpik.
"IOC sangat menghargai penajaan jangka panjang dan sokongan McDonald's dan Coca-Cola. Selama beberapa tahun, kita sendiri telah menyaksikan impak positif yang dibawa oleh mereka selaku penaja TOP (penaja utama),'' kata Presiden IOC dalam satu kenyataan kepada agensi berita antarabangsa, Reuters.
Kelmarin, Rogge dipetik dalam beberapa akhbar Britin sebagai berkata, timbul "tanda tanya" mengenai penajaan Olimpik oleh McDonald's dan Coca-Cola selepas didorong oleh isu obesiti di peringkat global.
Kenyataan tersebut hadir kurang tiga minggu sebelum Sukan Olimpik London membuka tirai secara rasmi pada 27 Julai ini.
"Kepada syarikat-syarikat ini, saya ingin berkata kepada mereka: 'Dengar, sekarang terdapat isu mengenai trend obesiti yang semakin meningkat, apa yang anda lakukan mengenainya?,'" kata Rogge yang dipetik oleh beberapa media Britain.
IOC kerap kali terpaksa menjawab soalan-soalan mengenai perjanjian penajaan dengan dua syarikat makanan dan minuman terbesar di dunia itu dalam Sukan Olimpik. Persoalannya, apakah kerjasama mereka masih bersesuaian kerana temasya tersebut mempromosikan gaya hidup sihat.
Bagaimanapun semalam, Rogge berkata, IOC bangga dapat berkerjasama dengan kedua-dua syarikat tersebut kerana mereka membantu membawa semangat Sukan Olimpik dengan cara yang kreatif menerusi program di seluruh dunia.
"Kami bangga bekerja dengan Coca-Cola dan McDonald's. Kami mempunyai perjanjian jangka panjang sehingga 2020,'' katanya.
McDonald's, yang mempunyai empat restoran di Olympic Park, London, salah satu daripadanya adalah restoran terbesar di dunia, telah menjadi penyokong Sukan Olimpik selama 36 tahun. Januari lalu, mereka memanjangkan sokongan menerusi perjanjian lapan tahun lagi.
Coca-Cola telah menaja Olimpik sejak 1928 dan seperti McDonald's, perjanjian tersebut akan berakhir pada 2020. - Reuters
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Wenger tabik pemain, Gunners ke Liga Juara-Juara
Benitez tinggalkan skuad mantap
Barca hampiri rekod 100 mata Real
Milan layak ke playoff Liga Juara-Juara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










