ARKIB : 11/07/2012
Ji-sung nafi ‘ditendang’ Ferguson
LONDON - Park Ji-sung yang tiba di Queens Park Rangers (QPR) kelmarin menegaskan tindakannya meninggalkan Manchester United adalah keputusannya sendiri dan dia tidak pernah dipaksa untuk keluar dari gergasi Liga Perdana Inggeris itu.
Bintang tengah Korea Selatan itu menamatkan tujuh tahun di Old Trafford dengan berpindah ke Loftus Road menerusi bayaran 5 juta pound (RM24.7 juta).
Selepas menandatangani kontrak dua tahun bersama QPR, dia menafikan spekulasi bahawa dia telah ‘ditendang’ keluar oleh pengurus United, Alex Ferguson.
Ji-sung, 31, yang mungkin menggantikan Joey Barton sebagai ketua pasukan sebaliknya menegaskan: “Saya sendiri yang mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab kerana saya mendapat tawaran yang hebat.
“Saya yang memberitahu keputusan saya kepada Manchester United. Ia adalah satu keputusan yang sukar kerana United sebuah kelab yang bagus dan semua orang mahu bermain di sana.
“Bagaimanapun musim lalu saya tidak banyak bermain. Saya masih memiliki peluang yang baik untuk bermain buat United tetapi QPR mengemukakan satu tawaran yang sangat bagus dan cita-cita besar mereka telah membuatkan saya cukup tertarik.
“Sebab itulah saya memutuskan untuk pergi. Kalau QPR tidak menjelaskan tentang perancangan masa depan mereka, mungkin saya masih kekal di United."
Ji-sung merupakan pemain Korea Selatan pertama yang beraksi dalam Liga Perdana selepas menyertai United dari gergasi bola sepak Belanda, PSV Eindhoven dengan bayaran 4 juta pound (RM19.7 juta) pada 2005.
Dia membalas kepercayaan tersebut dengan membantu United merangkul empat gelaran Liga Perdana dan satu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.
“Ia satu langkah besar untuk meninggalkan United tetapi yang paling penting untuk difahami, ini satu lagi cabaran baru dalam hidup saya,’’ kata Ji-sung lagi. - Agensi
Positif dadah: Pelari Jamaica dilarang sertai kejohanan
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Iran, Korea layak ke Piala Dunia tahun depan
Australia iringi Jepun ke Brazil
Brazil ketepi dendam jumpa Mexico
Guardiola sesuai untuk generasi baru Bayern
Koscielny setia bersama Arsenal tolak Barca, Bayern
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Australia layak ke Piala Dunia 2014
Tulisan tangan Fergie dilelong
Nigeria belasah Tahiti 6-1
Balotelli julang Itali
Del Bosque gesa Sepanyol ledak lebih banyak gol
Korea perlu seri untuk layak
Rose juara penuh emosi
Sepanyol kalahkan Uruguay 2-1
Habsyah ketuai kemaraan ke playoff Piala Dunia
Lorenzo juara GP Catalunya
Balotelli bantu Itali atasi Mexico
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











