ARKIB : 11/07/2012
Siew Siew kembali kuasai kolam
KUANTAN - Tempoh sukar perenang kebangsaan, Hii Siew Siew sepanjang tahun lalu akibat kecederaan buku lali sudah berakhir apabila dia menunjukkan tanda-tanda dapat mengembalikan kemampuan seperti dahulu.
Semalam, perenang sensasi Sarawak itu memenangi acara kegemarannya, 200m kuak kupu-kupu dengan penuh bergaya diiringi rekod temasya baru, pada hari ketiga renang di Kompleks Renang Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota.
Siew Siew, 19, mencatat dua minit 17.79 saat sekali gus memperbaharui rekod temasya miliknya sendiri, 2:20.66.
Rakan senegeri, Angela Chieng melengkapkan dominasi 1-2 untuk Sarawak dengan catatan 2:24.34 manakala gangsa jatuh kepada Ong Ming Fen (2:26.85) dari Wilayah Persekutuan.
Begitupun, Siew Siew merasakan dirinya mampu berenang lebih baik jika bukan kerana kesilapan strategi.
"Saya berenang terlalu pantas untuk 100m pertama dan kehilangan tenaga untuk 100m berikutnya. Apa sekali pun, saya tetap gembira dengan persembahan saya.
"Saya bergelut dengan prestasi ekoran masalah kecederaan buku lali. Saya baru kembali beraksi pada Terbuka Malaysia Mei lalu, dan untuk dapat pulang pada prestasi sebaik ini, ia sangat memberangsangkan," katanya yang memiliki rekod peribadi terbaik 2:16.45, dicatat sewaktu meraih pingat perak pada Kejohanan Akuatik Asia Tenggara di Singapura, bulan lalu.
Siew Siew sebelum ini ditimpa kecederaan buku lali akibat terjatuh semasa bermain bola keranjang. Ekoran dari insiden itu, karier Siew Siew terumbang-ambing untuk satu tempoh sehinggalah bulan lalu.
Sementara itu, pakar kuak dada, Christina Loh seperti diduga tiada tolok bandingnya dalam acara 50m kuak dada. Dia juga merakam rekod baru temasya, 33.40 saat, yang memadamkan rekod lama miliknya sendiri, 33.55s.
Juga tidak mahu ketinggalan meleburkan rekod sendiri ialah Shaun Yap Kah Choon dari Selangor, yang mencipta rekod baru acara 50 kuak dada dengan masa 29.94s.
Ia dilakukannya ketika peringkat saringan sebelah pagi, dan hasratnya untuk memperbaiki catatan itu sekali lagi pada final sebelah petang tidak kesampaian apabila dia sekadar menokok emas acara tersebut dalam masa 30.10s.
Kuartet Selangor, yang diterajui perenang bintangnya, Lim Chin Hwang memastikan satu lagi rekod temasya lebur sebelum kompleks renang menutup gelanggang, apabila mereka mengungguli acara 4x100m gaya bebas lelaki.
Bersama Teh Wei Pin, Yeap Zheng Yang dan Yap Cheng Yang, mereka mempertahankan gelaran tersebut yang dimenangi pada Sukma 2010 di Melaka dengan catatan 3:34.11, memecahkan 3:34.96 ciptaan kuartet terdahulu.
Pulau Pinang (3:36.15) dan Sarawak (3:38.60) masing-masing berpuas hati dengan perak dan gangsa.
Keputusan badminton Piala Sudirman 2013
Liga Super: Ditewaskan NS, ATM gagal pintas Lions XII
N. Sembilan kejutkan ATM
Khairy janji perangi bookie
Pandelela-Mun Yee sambar pingat perak lagi
Hoyer Presiden baharu BWF
Malaysia perlu elak diaibkan Taiwan
Zulfahmi petak ke-15 di Le Mans
Tugas berat menanti Khairy
KOM mahu jumpa menteri
Azammuddin selamatkan Pahang
T-Team rebah di kaki JDT
Sarawak kukuh teraju liga
Main guna otak - Rashid
Sepanduk '5-0' Ultras KL cetus tanda tanya
Hasrat bida hos Piala Dunia 2034 dibincang teliti - Khairy
Dollah cari formula jinakkan Lions
Thailand minat anjur Piala Dunia bersama Malaysia
Hilang tonggak punca tersingkir
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










