ARKIB : 11/07/2012
Terengganu terus dominasi ujian masa berpasukan
TEMERLOH - Terengganu ternyata tiada tandingan dalam acara berbasikal ujian masa berpasukan lelaki apabila meraih pingat emas di sini, semalam.
Gandingan Nur Amirul Fakhruddin Mazuki, Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri, Muhammad Khairul Azizi Abdulladan dan Muhammad Zulhilmie Afif Ahmad Zamri menguasai acara ujian masa sejauh 72.1 kilometer di sini dengan catatan satu jam 34:38.909s.
Pencapaian itu mengulangi kejayaan yang sama pada Temasya XIV di Melaka dua tahun lalu dan edisi XIII semasa Terengganu menjadi tuan rumah.
Jurulatih Terengganu, Syed Mohd. Husaini Syed Mazlan berkata, kejayaan semalam berjaya dicapai kerana semua pelumba memberikan fokus sepenuhnya, juga sesi latihan ketat selama selama lima bulan khusus untuk temasya XV.
"Kami menjalani latihan hampir seluruh Semenanjung sebelum memberikan tumpuan di laluan sebenar perlumbaan selama dua minggu.
"Berdasarkan latihan tersebut kami membuat bedah siasat bagi mencari kelemahan dan membaikinya dalam beberapa siri latihan sehingga hari perlumbaan sebenar," katanya.
Tambahnya, kejayaan Terengganu juga kerana mendapat sokongan penuh daripada kerajaan negeri, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan para penaja yang terdiri daripada Conndale Asia Singapore, Bikelaze, KTCC dan Mazebike.
Pingat perak acara tersebut diraih pasukannya Negeri Sembilan yang membariskan Mohd. Ekbar Zaman Huri, Amirul Anuar Jafri, Abdul Rashid Ibrahim dan Mohamad Fairet Rusli dengan masa 1.39:12:797s.
Pasukan jemputan dari Brunei yang dibarisi Azmi Abd Hadzid, Ahmad Rifa'ie Johor, Muhammad I'maadi Abd. Aziz dan Muhd. Syazwi Azhar Muhd. Hairolrani meraih pingat gangsa (1.40:53:516s).
Kien Keat, Boon Heong mula bersuara
Bertindak demi keselamatan penyokong sendiri dan lawan - TMJ
Tok Gajah sedia 'mengamuk'
Misi wajib menang Kelantan
Nicol ke separuh akhir Terbuka Britain
Nicol ke separuh akhir Terbuka Britain 2013
Sindiket bookie serius
'Usah takut buat laporan'
BAM tidak akan berlembut
BAM janji buat perubahan
Thailand ke separuh akhir singkir Jepun
Hoki: Skuad remaja atasi kelab utama China
PBNJ bakal dihukum
Percaturan paling bodoh musim ini - Annuar
Johor DT kalahkan Kelantan, pintas ATM
Bookie tunjuk ‘samseng’
Johor DT pintas ATM di tangga kedua Liga Super
Selangor tamatkan badi seri
Jentera belum serasi masalah utama Zulfahmi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










