VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 September 2014 / 29 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 11/07/2012

Aina terus gegar lapang sasar

Pasukan menembak Pahang meraikan kejayaan memenangi pingat emas. - Bernama

KUANTAN - "Impian saya mahu menjadi sehebat Nur Suryani (Taibi) atau mungkin lebih baik." Demikian azam ratu menembak Pahang, Aina Zahiran selepas terus cemerlang dengan meraih dua lagi pingat emas pada hari kedua, semalam.

Aina mengungguli acara 50 meter rifle prone individu dengan mengumpul 590 mata.

Dia juga berganding bersama Nurul Izzatie Roslan dan Nur Afifah Tarmizy membantu Pahang mengutip 1620 mata untuk menjuarai kategori berpasukan.

''Catatan 590 mata yang saya lakukan bukan satu perkara mudah untuk dilakukan kerana ia setaraf yang dilakukan penembak elit.

''Saya harap pada masa akan datang dapat menyamai rekod yang dilakukan oleh Nur Suryani iaitu 596 mata.

''Selain mahu mengikut jejak Nur Suryani, saya harap boleh melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016, itu impian terbesar saya," katanya yang kini merupakan penembak pelapis negara.

Kejayaan meraih dua emas itu menjadikan jumlah keseluruhan empat emas yang dimenangi Aina selepas menguasai acara 50 meter raifal tiga posisi wanita melalui kategori individu dan berpasukan, kelmarin.

Masih mempunyai baki dua acara dalam acara rifle, Aina berharap dapat memungut sekurang-kurangnya satu lagi pingat emas bagi memperbaiki pencapaian di Sukma Melaka, dua tahun lalu.

''Jika saya dapat meraih satu lagi pingat emas, ia akan menjadi rekod terbaik saya di Sukma kerana semasa di Melaka, saya hanya meraih empat emas," katanya.

Bertambah manis buat kontinjen Pahang, mereka turut memungut dua pingat emas pada acara 25 meter rapid fire pistol lelaki melalui Muhammad Muhaithir Johari dan acara berpasukan.

Malah, skuad berpasukan lelaki yang dianggotai Muhaithir, Muhammad Wisnu Awaluddin dan Abdul Aziz Abd. Malek memecahkan rekod kejohanan dengan melakukan 1620 mata mengatasi rekod pada tahun 2006 iaitu 1591 mata.

Sementara itu, Razlina Abdul Rahim membantu Wilayah Persekutuan memenangi emas dalam acara 10 meter air pistol wanita mengatasi rakan sepasukan, Nurul Aina Fatihan Baharuddin sementara Nur Zunaira Zakaria dari Selangor meraih gangsa.

Namun, pingat emas dalam acara berpasukan 10 meter air pistol wanita menjadi milik Selangor menerusi rangkaian Nur Zunaira Zakaria, Noor Izzati Jasni dan Nur Hidayah Zulkifli mengecewakan Pahang di tempat kedua dan Perak meraih gangsa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.