ARKIB : 11/07/2012
Azizulhasni mahu kekalkan momentum
KUALA LUMPUR - Kurang tiga minggu lagi Sukan Olimpik 2012 London akan membuka tirai, namun pelumba trek negara, Azizulhasni Awang (gambar) semakin tidak sabar untuk mempamerkan aksi terbaiknya terutamanya dalam acara kegemaran, keirin.
Setakat ini prestasi pelumba kelahiran Dungun itu amat memuaskan terutama sekali selepas berakhirnya GP von Deutschland 2012 hujung minggu lalu yang turut disertai pelumba negara lain yang akan beraksi di London nanti.
Perlumbaan yang berlangsung selama dua hari itu menyaksikan Azizulhasni memperoleh tempat kedua pada hari pertama manakala pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa berjaya menduduki tempat ketiga dan kedua-duanya dalam acara keirin.
“Kejohanan ini boleh dianggap sebagai kejohanan latihan di mana ramai pelumba handalan dalam acara trek cuba untuk mencari momentum sebelum beraksi di Olimpik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia melalui laman sosial, Facebook kelmarin.
Selain Azizulhasni dan Fatehah turut mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut ialah Josiah Ng yang turut cemerlang pada hari kedua dalam perlumbaan keirin dan menduduki tempat kelima daripada 34 pelumba yang mengambil bahagian.
“Ini adalah satu perlumbaan dan latihan yang amat berkualiti dengan kehadiran ramai pelumba trek terbaik dunia seperti Maximilian Levy (Jerman), Kazunari Watanabe (Jepun) dan Matthew Crampton (Great Britain).
“Format perlumbaan di sini memang tidak sama dengan saingan Siri Piala Dunia Klasik, di mana jika kita tewas pun masih ada perlumbaan untuk disertai dan sekurang-kurangnya seorang pelumba beraksi sebanyak lapan kali dalam sehari," katanya.
N. Sembilan kejutkan ATM
Khairy janji perangi bookie
Pandelela-Mun Yee sambar pingat perak lagi
Hoyer Presiden baharu BWF
Malaysia perlu elak diaibkan Taiwan
Zulfahmi petak ke-15 di Le Mans
Tugas berat menanti Khairy
KOM mahu jumpa menteri
Azammuddin selamatkan Pahang
T-Team rebah di kaki JDT
Sarawak kukuh teraju liga
Main guna otak - Rashid
Sepanduk '5-0' Ultras KL cetus tanda tanya
Hasrat bida hos Piala Dunia 2034 dibincang teliti - Khairy
Dollah cari formula jinakkan Lions
Thailand minat anjur Piala Dunia bersama Malaysia
Hilang tonggak punca tersingkir
6 pasukan dari 3 negara sertai Piala Futsal Red Bull
Pengalaman enam import mampu julang KLHC
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










