ARKIB : 11/07/2012
Jangan pandang rendah kerjaya memasak - Dr. Muhiddin
KENINGAU 10 Julai - Bidang memasak mampu memberi pendapatan yang lumayan jika dijadikan kerjaya malah turut diiktiraf di seluruh dunia.
Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Dr. Muhiddin Yusin berkata, bidang memasak tidak boleh dilihat sebagai hobi semata-mata kerana ramai daripada chef ketika ini telah berjaya bukan sahaja dalam negara tetapi turut menempa nama di pentas antarabangsa.
"Pelajar-pelajar perlu melihat bidang memasak sebagai satu peluang meningkatkan pengetahuan dalam bidang ini di samping melatih diri untuk lebih berdisiplin," katanya semasa merasmikan Pertandingan Memasak 2012 Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah tajaan Nestle Production Sdn. Bhd. yang berlangsung di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Yuk Yin, di sini semalam.
Hadir sama, Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Keningau, Masly Wahip; PPD Tambunan, Kaipin Rosmin; Pengetua SMK Gunsanad, Kinit Tagok selaku Pengerusi Pelaksana dan Pegawai Cemerlang Unit Kokum Pejabat Pelajaran Daerah Keningau, Delsum Abdullah.
Pada pertandingan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunsanad muncul johan diikuti SMK Tambunan di tempat kedua manakala tempat ketiga SM St. Francis Xavier.
SMK Gunsanad membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 bersama trofi dan sijil serta produk Nestle sebagai hadiah iringan manakala SMK Tambunan dan SM St. Francis Xavier masing-masing membawa pulang hadiah RM500 dan RM300 bersama hadiah iringan lain.
Sementara itu, SM Ken Hwa memenangi kategori 'Iron Chef' dalam pertandingan yang disertai 10 buah sekolah menengah di kawasan pedalaman terdiri dari SMK Nabawan II; SMK Sook Keningau; SMK Gunsanad Keningau; SM St. Francis Xavier Keningau; SMK Keningau, SMK Nabawan; SMK Bingkor Keningau; SM Ken Hwa; SMK Tambunan dan SMK Apin-Apin Keningau.
Rakyat perlu betul-betul fahami Gagasan 1Malaysia
Rakyat perlu 'celik media' - Kamarlin
Muzium bantu pembangunan sosial Sarawak
Rumah, nyawa penduduk terancam
Pemegang lesen TOL layak mohon RMR
Pengangkutan awam di Kuching tidak ditambah
Tokoh Guru Sabah kelahiran Kota Bharu curah bakti 33 tahun
Kenaikan gaji ADUN selari keperluan
RM300j naik taraf jalan balak
Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik
Kerajaan negeri bangunkan Sg. Sarawak
Perpaduan rakyat asas pembangunan negara
LHDN Sabah sasar RM4 bilion
Lubuk pertanian, pelancongan
Dua Timbalan Speaker DUN Sabah angkat sumpah
Wakil rakyat pembangkang hipokrit
46 stesen dinaik taraf
Bekalan diesel terkawal
Seminar pembayaran gaji minimum
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









